.

.

Wednesday 12 June 2013

kejatuhan shogun tokugawa

          
1.0 PENGENALAN
Zaman Kesyogunan Tokugawa bermula pada tahun 1603 dan berakhir pada tahun 1867. Zaman Tokugawa dikaitkan dengan beberapa aspek penting seperti urbanisasi yang pesat, kewujudan satu entiti kebangsaan, pengaruh konfucinisme kepada masyarakat Jepun, perkembangan pendidikan dalam kalangan Bushi dan kelas lain, dan kelompok chonin yang melahirkan budaya mereka sendiri. Dalam bidang intelektual pula, zaman ini memaparkan perdebatan yang penting berhubung dengan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Jepun sepanjang zaman Tokugawa.[1]
            Zaman Kesyogunan Tokugawa bermula dari pengasasnya iaitu Tokugawa Ieyasu. Ieyasu yang dikenali dengan nama panggilan Takechiya semasa beliau masih kanak-kanak. Tokugawa Ieyasu adalah seorang daimyo kecil di Mikawanokuni.[2] Nama asal Matsudaira Takechiyo. Lahir pada 31 Januari 1543 di Okazaki Wilayah Mikawa. Pada tahun 1600, Iyeyasu berjaya mengalahkan keluarga Toyotomi dalam Perang Segihara, atas kejayaan itu, Maharaja Maharaja Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Beliau telah memerintah paling lama Kerajaan Tentera dalam sejarah Jepun. Sistem politik Tokugawa dipengaruhi oleh falsafah konfucinisme. Kesyogunan Tokugawa mengamalkan sistem feudalisme, di mana golongan samurai mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Samurai-samurai digalakkan memiliki tanah sendiri. Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini, banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Zaman ini merupakan satu zaman yang aman dan damai sesuai dengan nama Kesyogunan yang bermaksud ‘Keamanan Besar’.[3]
            Walaupun, zaman Kesyogunan Tokugawa telah mencapai kemajuan, namun telah melakukan pemencilan ke atas dunia luar. Hal ini kerana, kerajaan Jepun bimbang pengaruh dunia luar khususnya agama Kristian akan masuk ke negara Jepun. Faktor ini telah mendorong kepada kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Ahli sejarah mengatakan sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah pada dasarnya jikalau Amerika Syarikat dan negara-negara lain tidak membuka pintu yang tertutup itu secara paksaan.[4] Namun begitu, terdapat faktor lain yang membawa kepada kejatuhan Keshogunan Tokugawa selain daripada masalah hubungan dengan barat atau masalah luaran. Hal ini demikian kerana Masalah dalaman Keshogunan Tokugawa juga telah mempercepatkan lagi proses kejatuhan tampuk pemerintahan mereka seperti masalah dari segi politik, ekonomi, dan sosial semasa pemerintahan Keshogunan.

Rajah 1 : Kedudukan Shogun dalam sisitem pemerintahan Jepun







FAKTOR KEJATUHAN KESHOGUNAN TOKUGAWA
2. 0 POLITIK
2.1 Pentadbiran yang ketat
Pentadbiran yang ketat merupakan salah satu faktor  yang menyebabkan kejatuhan Shogun Tokugawa sendiri. Hal ini kerana  kita dapat lihat dimana sistem politik Tokugawa adalah dipengaruhi oleh falsafah Konfucianisme khususnya aliran Chu Tsi yang dibawa masuk dari China.[5] Penyatuan politik terus dimantapkan oleh Tokugawa Ieyasu antara tahun 1598 dan tahun 1615.  Dengan itu, Maharaja hanya berperanan dari segi adat atau kesusahan. Oleh itu, Maharaja telah dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif dalam soal pentadbiran (kedunian) dengan alasan baginda seorang yang suci. Manakala, rakyat pula tidak dibenar melihat maharaja kecuali mendapat kebenaran dari pihak Shogun dan rakyat dibenarkan melihat maharaja sekali sahaja dalam setahun. Keadaan ini bermakna Maharaja hanya dijadikan sebagai boneka di istana sekaligus meningkatkan kuasa Shogun di Jepun.
Kemudian, kuasa politik Shogun juga dikukuhkan lagi dengan sistem bakuhan. Sistem ini melibatkan satu kuasa pusat atau keshogunan (bakufu) di Yedo dan kuasa daerah (han) yang diwakili oleh sekitar 250 daimyo yang mempunyai taraf ekonomi yang berbeza. Bakufu juga mengenakan kawalan yang ketat terhadap semua daimyo, golongan aristokrasi, petani dan pedagang.[6] Hal ini kerana hanya ahli-ahli daimyo feudal sahaja yang yang layak memegang jawatan dalam jawatan Bakufu di Yedo. Bagi pihak tozama pula, Ieyasu sebagai Shogun pada masa tersebut sedar tentang bahaya mereka apabila dibiarkan. Oleh itu, Shogun telah mengarahkan mereka menjalankan kerja-kerja awam seperti membina kuil, jalan raya dan sebagainya.
Tokugawa turut mengenakan sekatan kepada daimyo-daimyo melalui sistem bakufu tambahan lagi  hubungan Maharaja dengan daimyo turut dikawal. Hal ini kerana daimyo wajib bersumpah setia, perlu menunaikan tanggungjawab tertentu kepada bakufu, menyediakan bantuan apabila diperlukan dan memastikan han mereka ditadbir dengan aman. Selain daripada itu, antara tahun 1615-1635, pelbagai undang-undang diluluskan untuk mengawal daimyo dari segi tingkah laku, perkahwinan, pakaian, kehadiran bergilir di Edo (sankin kotai), pembinaan kapal besar dan sebagainya. Contohnya, daimyo Tozama merupakan daimyo yang kaya telah  dikehendaki membeli peralatan perang untuk kegunaan Jepun. Keadaan ini bermakna sistem pentadbiran Shogun adalah sangat ketat jika dilihat daripada tindakanya terhadap daimyo tersebut. Ini jelas dilihat apabila dasar utamanya ialah untuk menentukan bahawa tidak ada daripada golongan Tozama tersebut menjadi kaya raya. Ini kerana jika mereka kaya dan mempunyai harta mereka akan disuruh oleh Shogun untuk membuat pelbagai kerja awam. Akibatnya, sebilangan besar dari daimyo telah mengalami masalah kewangan yang berat.

2.2 Pengenalan peraturan baru
Semasa pemerintahan Shogun juga terdapat sistem peraturan yang baru telah diperkenalkan. Sistem peraturan ini dikaitkan dengan sistem pemerintahan Shogun yang ketat terhadap rakyat Jepun. Hal ini kerana terdapat peraturan baru yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan Peraturan – peraturan rumah tentera dan peraturan-peraturan Istana Diraja dan Istana Bangsawan. Peraturan baru ini juga dikenali sebagai Perlembagaan Tokugawa. Dalam peraturan rumah-rumah tentera adalah melibatkan daimyo dan askar-askar atau samurainya. Melalui peraturan tersebut mereka dikehendaki menghabiskan masa mereka bukan sahaja untuk mempelajari kesusasteraan. Oleh itu, satu kanun Tata kelakuan yang berkaitan akhlak serta tata tertib yang lain juga turut dibentangkan.
Di samping itu, golongan daimyo telah diberi amaran supaya tidak memberi perlindungan kepada pemberontak-pemberontak, pembunuh dan penjenayah. Dari aspek hubungan antara kawasan feudal yang berjiran, perkahwinan di antara keluarga daimyo, pembinaan semula istana-istana turut dikawal. Kesan daripada itu, setiap daimyo perlu memeriksa tentang kegiatan-kegiatan jiranya dan melaporkan kepada Shogun. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada bersubahat untuk menentang Shogun. Oleh itu dapat kita lihat dimana peraturan yang baru ini telah berjaya meletakkan golongan askar-askar di bawah kekuasaanya.
             Manakala, satu lagi peraturan baharu yang turut diperkenalkan ialah peraturan istana diraja dan bangsawan di istana pula berkaitan langkah yang dilakukan oleh Shogun dalam mengenakan pengaruhnya ke atas pembesar-pembesar bangsawan di Istana raja. Peraturan ini bertujuan untuk mengawal tindakan tidak baik di kalangan golongan tentera. Hal ini kerana Iyeasu menyedari dari pengalamanya sendiri bahawa pembesar – pembesar dalam pakatan penentang akan mempengaruhi golongan tentera jika tidak dikawal. Dalam pada itu juga, seperti yang dibentangkan di dalam peraturan yang pertama, peraturan kedua juga turut mengarahkan  pembesar-pembesar bangsawan menghabiskan sebahagian daripada hayat mereka dalam bidang pelajaran sastera. Dalam peraturan ini juga turut menegaskan bahawa semua perlantikan, perletakan jawatan dan pemberhentian adalah tertakluk kepada kelulusan Shogun. Manakala, bagi pengambilan anak angkat pula, permohonan hendaklah dibuat oleh keluarga yang hendak mengambil anak tersebut. Namun pengambilan anak angkat bagi kanak-kanak perempuan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Selain daripada itu, peraturan berkenaan hubungan antara Maharaja dan pembesar-pembesar sebagai pengikutnya juga merupakan peraturan yang terpenting dalam peraturan kedua ini. Oleh itu, tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan menghadap Maharaja melainkan dengan kebenaran pegawai Shogun di Yedo atau Kyoto.
Selain itu, semasa pemerintahan Ieyasu juga telah diumumkan bahawa perkahwinan di antara keluarga-keluarga daimyo hanya boleh dilangsungkan dengan kebenaran Shogun.  Begitu juga semasa Iyemitsu, Tokugawa ketiga telah maju selangkah lagi dan mengeluarkan perintah bahawa tiap-tiap seorang dari daimyo hendaklah menetap di Yedo untuk beberapa ketika. Kemudian apabila mereka ingin kembali, mereka hendaklah meninggalkan keluarganya sebagai tebusan di ibu negeri disamping mengenakan pelbagai syarat yang lain. Oleh itu, ini bermakna setiap daimyo wajib membina kediamanya di Yedo. Akhirnya daimyo-daimyo telah jatuh ke bawah kawalan ketat Shogun Tokugawa.


2.3 Kekurangan Kepimpinan yang berkesan
Pada abad ke – 18, pemerintahan shogun tokugawa berada pada tahap yang lemah. Pentadbiran shogun telah mengabaikan hal ehwal pemerintahan, pertahanan, dan perhunungan dengan pengikut-pengikutnya serta Daimyo. Pada pertengahan Kebanyakan Syogun-syogun Tokugawa tidak mempunyai kebijaksanaan politik dan kualiti kepimpinan seperti Ieyasu. Permulaan penguasaan Tokugawa oleh Ieyasu telah membawa kepada terbentuknya sebuah kerajaan Bakufu ataupun ala tentera. Ieyasu juga telah membentuk satu sistem pemerintahan samurai berpusat di mana beliau memberi perhatian ke atas kuasa-kuasa daimyo dan mengawal kegiatan- kegiatan tuan tanah feudal. Ieyasu juga turut memperkenalkan Kod Panduan Tatatertib yang menggubal peraturan yang dikenali sebagai ‘Buke-Sho-Hatto’.

Antara Syogun yang lemah dan tidak berkeupayaan ialah Ieshige (1745-1760), Ieharu (1760-1786), Ienari (1787-1837) dan sebagainya. Ieshige adalah seorang Syogun yang lemah dan uzur. Beliau juga seorang yang gagap dan dan tutur kata beliau tidak dapat difahami. Beliau lebih banyak meletakkan kuasa yang ada padanya ke dalam tangan jurubahasanya, iaitu Ooka Tadamitsu. Ieshige tidak berkemampuan untuk mentadbir Jepun. Apabila Ieshige meninggal dunia, Ieharu telah mengambil alih sebagai shogun. Ieharu merupakan seorang yang pemalas dan boros.[7] Ieharu adalah shogun yang paling melampaui batas kerana menjejaskan kewangan Jepun.
Seterusnya, Ieharu telah digantikan oleh Ienari. Ienari merupakan Syogun yang lemah, mempunyai 40 dayang-dayang (Sokushitsu) dan 900 orang pembantu di istananya. Ienari juga mempunyai 20 orang gundik dan 55 orang anak. Beliau juga amat boros dan ramai daripada anak-anak perempuannya telah dikahwinkan mengikut upacara secara besar-besaran. Syogun-syogun Tokugawa menjadi penaung kepada kebanyakan dari aktiviti kesenian, Selain daripada membazirkan wang membina dan memperlengkapkan istana, mereka juga bertanggungajawab menggeringkan sumber-sumber kewangan Bakufu. Kewangan Bakufu bertambah merosot akibat pemberian bantuan mengsa kebuluran, mangsa kebakaran dan juga mangsa gempa bumi yang telah membunuh 150,000 orang di daerah Kanto dalam tahun 1703. Menjelang abad ke-19, Bakufu mengadapi masalah kewangan yang serius. Kekayaannya kian merosot dan ia tidak dapat mengenakan cukai ke atas tanah-tanah feudal kecuali di kawasan yang dikuasai secara langsung oleh Bakufu. Penyalahtadbiran dan rasuah juga berleluasa di kalangan pegawai-pegawai Bakufu akibat masalah kewangan. Keadaan huru-hara dan kekacauan politik di Bakufu telah menyebabkan sebilangan rakyat dari semua kelas telah menamatkan rejim Tokugawa.




2.4 Perjanjian Kanagawa

Kedatangan Barat dan tekanan-tekanan yang dihadapi oleh Jepun telah mempercepatkan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Ekoran itu, Jepun juga terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan Britain, Belanda, dan Perancis. Semua perjanjian ini mendedahkan kelemahan shogun sendiri. Kegiatan anti-barat yang dijalankan oleh suku-suku Barat telah memburukkan lagi keadaan.Tokugawa terpaksa menandatangani perjanjian dengan Amerika pada tahun 1854 dan seorang konsul Amerika akan tinggal di Jepun untuk menjaga kepentingan orang-orang Amerika. Tindakan Tokugawa menandatangani perjanjian tersebut dan membuka pelabuhan kepada kapal-kapal dagang dari Barat ternyata membawa padah kerana isu tersebut digunakan oleh golongan anti-Tokugawa untuk menentang Tokugawa sehingga menyebabkan pengaruh Tokugawa semakin merosot. Tekanan kuasa asing ini telah memaksa Bakufu untuk membuka Jepun semula. Pada awal tahun 1844, Raja Belanda telah menasihatkan Bakufu supaya menghentikan dasar pemencilannya. Tetapi, Bakufu tidak berbuat demikian dan tetap dengan pendiriannya. Pada 18hb Julai, kemunculan Komodor Mathew Perry bersama dengan kapal perang beliau telah menimbulkan perasaan bimbang dan gelisah di kalangan pemerintah-pemerintah Jepun dan para cendiakiawan yang takutkan Imperialisme Barat.[8] Komodor Perry telah diarahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi membuka semula Jepun. Hal ini kerana bagi memperolehi jaminan perlindungan Angkatan Laut Amerika yang terkandas di Jepun dan mendapatkan kebenaran bagi kapal-kapal Amerika bagi memperolehi bekalan makanan dan bahan api di mana-mana pelabuhan Jepun. Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk membuka sebuah pelabuhan masuk bagi kemudahan kapal-kapal perdagangan Amerika.
Komodor Mathew Perry cuba mendapatkan persetujuan Bakufu untuk memberi layanan yang baik kepada Angkatan Laut Amerika yang terkandas. Selain itu, beliau juga memohon kemudahan-kemudahan bagi pelayaran dan perdagangan. Perry menjelaskan kepada Bakufu bahawa beliau mengharapkan maklumbalas apabila kembali semula pada tahun berikutnya dengan angkatan yang besar. Ancaman terhasil apabila Komodor Perry kembali ke Jepun dalam bulan Februari 1854. Beliau tidak menghadapi kesulitan dalam menandatangani Pejanjian kanagawa (31hb Mac 1854) dengan rakyat Jepun.
Kesan dari perjanjian Kanagawa, suatu perjanjian tambahan telah membawa Jepun membuka dua pelabuhannya iaitu Shimoda dan Hakodate kepada perdagangan Amerika. Perjanjian Kanagawa telah diikuti oleh perjanjian-perjanjian yang serupa dengan Great Britain ( Oct 1854 ), Rusia ( Feb 1855 ) dan Belanda ( Nov 1855 ). Pada 29hb Julai 1858, Townsend Harris ( Konsul Jeneral pertama Amerika Syarikat ) telah menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan dengan Ksyogunan Tokugawa. Perjanjian ini memberi hak wilayah asing kepada Amerika Syarikat selain dari melucutkan taraf autonomi Jepun.[9]


2. 5 Gerakan penentangan dan pemberontakan
Penyebab seterusnya ialah gerakan pemberontakan mengguling Tokugawa. Gerakan anti-Tokugawa ini diketui oleh kaum-kaum seperti Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen. Mereka menentang Shogun kerana ingin merebut jawatan Shogun selain mengembalikan kekuasaan Meiji. Bagi membolehkan mereka berkuasa,  mereka telah menyokong maharaja yang selama ini telah ditindas oleh pihak Shogun. Mereka turut bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan saudagar yang anti-Tokugawa terutama di Bandar Osaka. Walaupun, puak-puak ini bukanlah  puak yang besar tetapi mereka yang paling aktif menjayakan gerakan penentangan ke atas Shogun. Sebenarnya, perasaan tidak puas hati terhadap Shogun semakin membuak-buak  dalam kalangan orang Jepun.   Semasa awal pemerintahan Shogun Tokugawa lagi, mereka telah banyak mengalahkan  suku kaum lain.   Maka tidak hairanlah sekiranya perasaan dendam masih tertanam dalam kalangan suku-suku kaum ini. Walaupun mereka menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa namun mereka tetap mencari jalan untuk menentang Tokugawa.
Justeru, salah satu jalan untuk menjayakan rancangan itu adalah dengan menyokong maharaja yang selama ini dipencil oleh Tokugawa.  Mereka juga telah menggunakan alasan penerimaan Shogun Tokugawa terhadap orang asing seperti Amerika, Belanda dan Perancis untuk mendapatkan sokongan maharaja dan rakyat Jepun. Mereka telah mencari pelbagai jalan dan melakukan pelbagai tindak balas bagi menjatuhkan Shogun Tokogawa.   Antara peristiwa penting yang dilakukan ialah pembunuhan terhadap seorang Inggeris oleh puak Satsuma.   Ini jelas menambahkan lagi keretakan hubungan antara Shogun Tokugawa dengan pihak Inggeris sekali gus menyebabkan kejatuhan pemerintah ini.  Pada tahun 1862 sekumpulan kecil orang British berkuda telah melanggar adat tertib Jepun dengan menyeberangi jalan raya berdekatan Yokohama melintasi angkatan Shimudzu Idzumi, Daimyo dari Satsuma dan pengiring-pengiringnya semasa mereka melalui jalan yang sama dalam perjalanan pulang dari Edo. [10] Ini telah mengundang kemarahan puak-puak tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan dan adat Jepun bahawa mereka akan memberi keutamaan perjalanan kepada Daimyo terlebih dahulu.  Oleh itu, pegawai peribadi Daimyo telah diarahkan untuk membunuh salah seorang pelawat tersebut iaitu C.L.Richardson manakala dua lagi pelawat tersebut cedera parah.
            Peristiwa tersebut membangkitkan lagi kemarahan pihak British.  Pihak British kemudian bertindak balas mengemukakan tiga tuntutan ganti rugi.  Antaranya ialah menuntut supaya samurai yang melakukan pembunuhan tersebut ditangkap dan diserahkan kepada pihak British, tuntutan ganti rugi sebanyak $100,000 daripada kerajaan Jepun dan tuntutan sebanyak $25,000 daripada puak Satsuma.[11]  Akan tetapi, Bakufu di Edo telah tidak mengemukakan samurai yang terlibat dengan pembunuhan tersebut dan tidak membuat sebarang percubaan untuk cuba membayar balik ganti rugi. Di sini, tidak dapat diketahui sama ada Bakufu Edo tidak mampu ataupun enggan menjelaskan ganti rugi tersebut. Manakala bagi pihak Satsuma pula secara terang-terangan enggan untuk membayar ganti rugi tersebut.
Dalam masa yang sama, keadaan makin bertambah buruk apabila puak Choshu pula mencetuskan kekacauan di Kyoto dan terus-terusan mendesak supaya semua perjanjian yang telah dibuat dengan pihak barat pada ketika itu hendaklah dimansuhkan.  Pada 26 Jun 1863, daimyo dari Choshu telah memulakan gerakan dengan menyerang kapal-kapal Amerika, Perancis dan Belanda di Selat Shimonoseki dengan tujuan untuk menutup Laut Pendalaman kepada kapal-kapal Barat.[12]  Amerika telah bertindak menyerang balas pada 16 Julai apabila  kapal-kapal Wyoming (Amerika) memusnahkan kedua-dua buah kapal Choshu sementara orang Perancis pula telah memusnahkan sebuah perkampungan kecil dan beberapa meriam pertahanan pantai puak Choshu.   Walau bagaimanapun, semua ini tidak menakutkan tentera puak Choshu malah mereka menjadi lebih berani dengan bertindak secara terus menerus menembak sebarang kapal Barat yang memasuki kawasan mereka selama lebih daripada setahun.
            Oleh hal yang demikian, apabila tuntutan mereka tidak dilayan oleh puak Satsuma,  British mengambil keputusan untuk menyerang Kagoshima (ibu kota kaum Satsuma) dalam bulan Ogos 1863, yang telah memberi kesan kerosakan dan kerugian yang besar ke atas bandar tersebut. Oleh itu, puak Satsuma terpaksa bersetuju untuk menjelaskan tuntutan ganti rugi British.  Manakala bagi puak Chosu pula, British telah bertindak berlayar ke Yokohama pada bulan Ogos 1864 menuju ke Choshu.  Tujuannya adalah untuk meruntuhkan pertahanan kaum Chosu.  Kaum Choshu ternyata tidak mampu untuk menghadapi angkatan laut berikat British.
            Kekalahan puak Satsuma dan Choshu ini telah memberi pengajaran yang penting jepada orang-orang Jepun bahawa kekuatan Barat sukar untuk ditewaskan. Oleh itu, secara diam-diam puak-puak ini mendapatkan latihan ketenteraan daripada Barat. Tindakan puak-puak Satsuma dan Choshu terhadap orang asing telah memberikan imej yang buruk ke atas hubungan Tokugawa dengan orang asing. Walaupun kedua-dua puak ini bukanlah kuasa yang besar namun tindakan yang dilakukan oleh mereka telah mencalarkan dan mengugat kedudukan Shogun. Keadaan inilah yang menyebabkan Shogun menghantar tenteranya ke Choshu untuk mereka yang bersifat anti-Tokugawa pada tahun 1866.  Akan tetapi, tentera Tokugawa telah berjaya dikalahkan oleh puak Chosu.  Penggunaan sistem latihan Barat oleh Choshu merupakan penyumbang utama kepada kekalahan Tokugawa. Kekalahan Tokugawa ini benar-benar mencalar imej dan kedudukannya sekali gus menunjukkan kepada Barat bahawa mereka berada dalam keadaan yang sangat lemah pada ketika itu.
Dalam tahun 1867, kedudukan Tokugawa benar-benar tergugat apabila Daimyo Toza telah mengirim surat dan disokong oleh suku kaum lain yang mendesak supaya Shogun Tokugawa meletakkan jawatan dan mencadangkan supaya maharaja melantik Shogun yang baru.  Kejatuhan Keshogunan Tokugawa juga disokong oleh Barat apabila negara Barat akhirnya sedar bahawa segala kekuasaan terletak di tangan Maharaja Jepun sendiri. [13] Oleh itu, pada tahun 1866, Sir Harry Parkes (Menteri Inggeris) sedia berunding dengan Maharaja. Pihak Barat akan bersetuju menarik balik hukuman yang dikenakan kepada kaum Choshu sekiranya Maharaja bersetuju untuk mengadakan perjanjian.  Melihat kepada keadaan politik yang tidak stabil pada masa itu, Shogun Hitosubashi Keiki yang baru dilantik menggantikan Shogun Iemochi telah bersetuju untuk meletakkan jawatan sekali gus menyerahkan segala urusan pentadbiran kepada Maharaja Mutshushito yang turut dikenali sebagai Maharaja Meiji.[14] Walaupun perletakan Shogun tersebut turut mendapat tentangan daripada kaum keluarganya sendiri namun, secara rasminya shogun telah kehilangan kuasa mereka.  Penyerahan kuasa ini berlaku pada 19 November 1867 menjadi titik tanda kepada kebangkitan Maharaja Meiji dan sekali gus membawa Jepun ke tahap yang lebih baik menerusi pemodenan  yang dilaksanakan oleh Meiji.

2.6 Tekanan Pihak Asing
Seterusnya, tekanan asing telah mempercepatkan lagi kejatuhan Keshogunan Tokugawa. Pada 18 Julai 1853, kedatangan Komader Matthew Perry ke Jepun telah menambahkan lagi kekusaran Shogun.[15] Beliau mewakili Amerika Syarikat untuk memperolehi jaminan perlindungan bagi angkatan laut Amerika yang terkandas di Jepun mendapat kebenaran bagi kapal Amerika untuk memperolehi bekalan makanan dan bahan api di mana-mana pelabuhan.  Bagi pihak Jepun pula, mereka perlu membuka kemudahan kepada kapal-kapal dagang Amerika. Perry menjelaskan kepada bakufu untuk mendapat maklum balas apabila beliau datang kembali dengan angkatan yang lebih besar.
Ancaman itu menambah kegusaran yang menyebabkan Shogun terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854 dengan British. Pemimpin anti-Tokugawa telah menuduh Shogun telah berpaling tadah dengan menghapuskan polisi isolasi yang dipegang selama ini. Orang-orang besar istana turut menyebelahi pihak penentang dan keduanya telah mendesak maharaja supaya meyokong mereka. Apabila Shogun tidak mengendahkan larangan maharaja yang memerintah mengadakan hubungan dengan Barat pada peringkat paling minimum telah menjejas kepercayaan maharaja kepada pihak Shogun. Masalah ini telah memberi peluang kepada golongan samurai seperti Okubo, Kido dan saiyo telah memperolehi sokongan daripada beberapa orang bangsawan dari Kyoto. Mereka menggunakan slogan ‘Sonno jai’[16] untuk menarik sokongan rakyat supaya menentang bakufu. Rakyat Jepun mula membenci orang asing dan pemerintahan maharaja perlu dikembalikan semula.
Justeru, kedatangan Perry dan perjanjian Tokugawa menjadi salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan Shogun. Sementara itu, perjanjian Tokugawa dan perjanjian selepasnya dengan negara Barat telah menjadi punca kemarahan orang Jepun. Terdapat pendapat menyatakan kedatangan Barat dan tekanan yang dihadapi oleh Jepun telah mempercepatkan lagi kejatuhan Tokugawa.[17] Perjanjian Kanagawa menjadi titik hitam kepada Shogun Tokugawa kerana pertama kalinya Shogun terpaksa tunduk kepada Barat. Selepas daripada perjanjian tersebut, Tokugawa terpaksa menandatangani perjajian dengan kuasa Barat yang lain seperti Amerika pada tahun 1854, Britain pada tahun 1854, Russia 1855, dan Belanda 1856. Tindakan Tokugawa menandatangani perjanjian itu telah menyebabkan mereka terpaksa membuka beberapa pelabuhan kepada kapal-kapal dagang dari Barat. Tindakan ini telah membawa padah kerana isu tersebut telah digunakan oleh gerakan anti-Tokugawa yang anti orang asing untuk menentang Shogun. Mereka telah bertindak berani dengan menyerang beberapa buah kapal dan membunuh beberapa orang Barat.
Tindakan tersebut menjejaskan hubungan Tokugawa dengan Barat. Pada tahun 1866, Tokugawa telah menghantar tenteranya ke Chosu untuk menghukum mereka, malangnya mereka telah kalah. Kekalahan Tokugawa secara tidak langsung telah menjatuhkan imej mereka. Kedudukan Tokugawa semakin tergugat apabila pada tahun 1867 daimyo Toza telah menghantar surat yang disokong oleh kaum yang lain untuk mendesak Tokugawa meletak jawatan dan mencadangkan kepada maharaja supaya melantik Shogun yang baru. Rentatan peristiwa tersebut, telah mengheret penglibatan dan campur tangan kuasa-kuasa Barat untuk menghapuskan kerajaan Tokugawa. Selain itu, Barat juga sedar bahwa Shogun sudah tidak mempunyai kuasa lagi sebliknya kuasa tersebut telah diambil alih oleh maharaja. Peletakan jawatan Shogun Hitotsusubashi Keiki kepada maharaja Mikado Mutsuhito pada 19 Nov 1867 telah membolehkan Meiji berkuasa pada Januari 1868.


3. 0 ASPEK EKONOMI
3.1 Kemelesetan Ekonomi
Sememangnya melihat dari perspektif sebenar kejatuhan Keshogunan Tokugawa adalah berpunca daripada kedatangan barat. Namun begitu, selepas dikaji dan dianalisis berdasarkan fakta yang relevan, sebenarnya salah satu faktor tampuk Keshogunan Tokugawa mula hilang kuasa seterusnya menerima kejatuhan adalah berpunca daripada ekonomi yang mula merosot. Hal ini demikian kerana, Keshogunan  Tokugawa  terus menerus berada dalam keadaan lemah terutama menjelang tahun 1860-an yang memperlihatkan Shogun Tokugawa  tidak lagi berupaya menghadapi tekanan-tekanan dari rakyat dan golongan-golongan anti Tokugawa sekali gus telah membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa. Kejatuhan Shogun Tokugawa  disebabkan oleh faktor ekonomi  iaitu kemelesetan ekonomi Shogun, Daimyo dan samurai , kemiskinan para petani , bencana alam dan perkembangan perdagangan .
 Faktor  yang membawa kepada  kejatuhan Shogun Tokugawa dari aspek ekonomi ialah sikap Shogun yang boros. Hal ini demikian kerana, Shogun-shogun Tokugawa sangat boros dalam berbelanja. Keadaan ini, dapat dilihat apabila pemerintah Shogun Ienari yang dikatakan seorang syogun yang melampaui batas dalam kalangan semua shogun-shogun Tokugawa.[18] Shogun-shogun menjadi penaung kepada kebanyakan aktiviti kesenian dan membazirkan wang membina dan memperlengkapkan istana .[19] Selain itu mereka juga telah bertindak menyusutkan  sumber kewangan Bakufu . Di samping itu, kewangan Bakufu bertambah merosot akibat dari pemberian bantuan mangsa kebuluran, pembinaan semula Edo yang telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1698 dan pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang telah membunuh 150,000 orang di daerah Kanto pada 1703 . Keadaan bertambah serius apabila menjelang abad ke 19. Bakufu menghadapi masalah  apabila berlaku  amalan rasuah dan penyelewengan kuasa dalam kalangan pegawai Bakufu yang membawa kepada  masalah kewangan  yang serius. Tambahan lagi, disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Shogun ini mereka  telah mengambil langkah  menurunkan nilai mata wang  yang menyebabkan golongan Daimyo mengalami kerugian tetapi memberi keuntungan kepada golongan pedagang. Malah golongan Shogun juga terpaksa berkompromi dengan golongan saudagar kerana mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.[20] Keadaan ini telah jelas memperlihatkan betapa rendahnya taraf para Shogun seterusnya menjatuhkan imej kekuasaan para Shogun. Sebagai contoh, dalam pentadbiran Syogun Yoshimune, Jepun mengalami kejatuhan ekonomi sehingga berlakunya kebuluran dan ketidakstabilan harga beras.[21]
Selain itu, golongan Daimyo yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga membawa kepada kejatuhan Keshogunan Tokugawa. Hal ini demikian kerana, golongan Daimyo menghadapi masalah kewangan seperti golongan Shogun ekoran wujudnya sistem Sankin Kontai.[22] Sistem ini telah membawa kesan yang buruk kepada daimyo. Hal ini demikian kerana, ramai daimyo yang berlumba-lumba untuk datang ke Yedo bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada Shogun.[23] Kedatangan mereka membawa bersama keluarga dan pengikut yang ramai dengan pelbagai persembahan kepada shogun. Akibat tempoh yang agak lama di Yedo, menyebabkan mereka telah mengabaikan pentadbiran wilayah dan  kegiatan pertanian padi di wilayah mereka yang pada asasnya menjadi tulang belakang kepada ekonomi Jepun. Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi mereka sebelum ini yang tampak meningkat. Menjelang pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, keadaan bertambah parah apabila berlaku kejatuhan ekonomi yang mana dikenali juga sebagai “ musim kebuluran” kerana satu keluarga tidak dapat menampung keperluan makanan lebih dari bilangan  tertentu.[24] Keadaan ini telah melibatkan golongan daimyo secara langsung kerana golongan daimyo mengalami kekurangan hasil pendapatan yang menyebabkan masalah kewangan mereka bertambah kritikal.[25]  Bagi mengatasi kewangan mereka golongan daimyo dan tuan-tuan tanah telah memeras golongan petani.[26] Selain itu, daimyo juga mengikut jejak langkah golongan shogun yang hidup mewah, menikmati hiburan yang mahal dan amalan rasuah yang tegar. Keadaan ini menyebabkan daimyo terpaksa berhutang dengan golongan saudagar dan peminjam- peminjam wang untuk membantu mereka.[27] Disebabkan beban hutang ini , daimyo telah bertindak menaikkan cukai kepada  golongan petani. Hal ini menyebabkan, petani telah melarikan diri dan memberontak sehingga menyebabkan kewangan daimyo bertambah parah. Keadaan ini dapat dilihat apabila pada abad ke-17 majoriti daimyo dari kalangan keluarga Han telah jatuh bankrap.
Seterusnya, golongan samurai (ronin) juga memainkan peranan penting dalam kejatuhan Keshogunan Tokugawa. Hal ini demikian kerana, golongan samurai turut mengamalkan sikap boros dan suka bermewah-mewah. Hal ini berlaku apabila golongan samurai dan golongan saudagar mula tinggal bersama-sama di Yedo. Sebelum ini golongan saudagar tinggal di pusat-pusat perniagaan seperti Osaka dan Sakai menyebabkan hubungan mereka dengan samurai dan saudagar terhad. Disebabkan keadaan yang tenang dan tenteram, golongan tentera hanya menjalankan tugas “garrison” dan mempunyai banyak masa lapang. Hal ini membuatkan golongan samurai menumpukan perhatian mereka kepada keseronokan dan hiburan yang boleh didapati di kota- kota.[28] Hal ini menyebabkan mereka membuat pinjaman melalui saudagar– saudagar dan peminjam-peminjam wang apabila mereka kekurangan wang untuk berseronok.[29] Kesannya, telah membawa kepada masalah kewangan golongan samurai. Tambahan lagi, keadaan bertambah meruncing apabila golongan daimyo yang telah jatuh miskin telah memotong gaji samurai. Oleh hal yang demikian, golongan samurai telah hilang taat setia kepada tuan-tuan dan telah memberontak. Selain itu, golongan samurai juga telah memutuskan ikatan dengan daimyo dan telah menjadi  golongan ronin yang tidak bertuan. Malah mereka juga terlibat dengan kegiatan samun dan keganasan di bandar-bandar. Akibat rasa ketidakpuasan hati terhadap golongan  daimyo yang telah memotong gaji mereka sehingga menyebabkan mereka hidup melarat untuk menyara kehidupan dan beban hutang dengan saudagar, mereka telah mengambil tindakan dengan menghasut rakyat supaya membenci Shogun. Tindakan golongan Daimyo ini, membawa kepada lemahnya politik Shogun Tokugawa.

3.2  Kemiskinan Golongan Petani       
            Kejatuhan Keshogunan Tokugawa juga dipengaruhi oleh kemiskinan golongan petani yang memberikan pengaruh yang besar kepada ekonomi Shogun Tokugawa dan ekonomi negara Jepun sendiri. Golongan petani yang selama ini bergantung kepada kegiatan ekonomi pertanian dan golongan pemerintah di atasnya, telah berada dalam kemiskinan selepas berlaku bencana alam yang melanda Jepun. Malahan, masalah kewangan golongan pemerintah atasan juga telah memburukkan lagi keadaan golongan petani pada masa itu. Hal ini, telah menyebabkan golongan petani ini telah bangun memberontak dan menentang pemerintah atasan. Selain itu, golongan petani juga telah dibebani cukai yang tinggi terhadap hasil pertanian, selain terpaksa menanggung cukai-cukai  tambahan lain seperti cukai tanah dan kebun kosong, cukai bangunan, cukai pintu . Tambahan pula, telah wujud cukai seperti cukai ke atas kain, sake herba dan bahan-bahan yang digunakan oleh petani. Keadaan ini telah menyebabkan golongan petani merasa terbeban dengan kadar cukai yang dikenakan oleh golongan shogun dan daimyo yang mana ingin menyelesaikan masalah kewangan tersebut. Tambahan lagi, kadar bayaran cukai yang terpaksa dibayar sebanyak  40% hingga 50% dari hasil padi. Keadaan kemiskinan petani bertambah meruncing apabila Kesyogunan Tokugawa mengeluarkan beras dan menetapkan harga beras sesuka hati yang sebelum ini menjadi hasil utama mereka. Oleh itu, apabila berlaku hasil padi yang berlebihan, harga padi turut jatuh. Manakala bagi tanaman yang buruk atau tidak berguna pula harganya akan melambung tinggi.[30] Keadaan ekonomi yang tidak stabil ini menyebabkan berlaku masalah inflasi dan kebuluran.[31] Hal ini menyebabkan golongan petani telah bangun memberontak menentang daimyo dan Bakufu akibat kadar cukai yang tinggi. Seterusnya kemiskinan golongan petani ini juga telah membawa pemberontakan besar-besaran pada 1768 yang berlaku di kawasan Kosuke dan Musashi yang melibatkan penyertaan lebih 200 ribu orang petani. Keadaan bertambah tegang apabila pada akhir pemerintahan Tokugawa, pemberontakan golongan petani ini menjadi lebih ganas. Contohnya, Rusuhan Beran atau Uchi-Kowashi yang meletus di bandar-bandar besar.[32]

3.3 Bencana Alam
            Bencana alam yang berlaku juga telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi Shogun Tokugawa. Hal ini demikian kerana, bencana alam yang berlaku seperti banjir, kemarau dan letupan gunung berapi telah meragut beribu-ribu nyawa dan masalah kebuluran. Hal ini dapat dilihat  pada tahun 1732, sebahagian besar tanaman di Jepun Barat telah musnah diserang serangga dan menyebabkan beratus-ratus ribu orang petani kebuluran.[33]  Manakala pada tahun 1772 pula telah dilanda banjir sehingga  memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Jepun Barat dan wabak penyakit telah membunuh seramai 200 000 orang petani. Seterusnya sepanjang tahun 1770-1779, banyak daerah di Jepun  telah dilanda kemarau dan ramai penduduk yang menderita. Keadaan ini telah menjadi semakin parah kerana telah diikuti dengan banjir besar yang telah berlaku  sekali lagi  pada tahun 1778 yang memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Kyoto dan Kyushu.
Selain itu, berpuluh-puluh ribu petani menjadi mangsa letupan gunung berapi yang berlaku pada tahun 1779 di Pulau Oshima dan Kogoshima dan masalah kebuluran telah melanda kawasan Tammei dan Asama.[34] Bencana alam yang berlaku ini telah menjadikan hasil pertanian merosot sehingga berlaku “musim kebuluran” di mana sebuah keluarga tidak dapat menanggung makanan lebih dari bilangan tertentu.[35] Kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh golongan petani ini menyebabkan mereka melakukan “mabiki” iaitu bayi-bayi yang tidak diperlukan dibunuh ekoran terdesak untuk meneruskan rutin harian.[36] Kejadian bencana alam  telah menyebabkan masalah ekonomi Shogun Tokugawa semakin merosot kerana kewangan Bakufu telah dikurangkan bagi memberi bantuan kepada  mangsa kebuluran dan pembinaan semula Edo yang telah musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1698 serta pemberian bantuan bagi  mangsa gempa bumi yang telah mengakibatkan 150 000 terbunuh di daerah Kanto dalam tahun 1730.

Perkembangan perdagangan yang pesat berlaku di bandar Osaka dan Yedo menyebabkan golongan saudagar (conin) merasa dasar isolasi yang di jalankan oleh Syogun Tokugawa tidak lagi sesuai di gunakan. Hal ini demikian kerana, ia boleh menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan yang selanjutnya kerana pengamalan dasar isolasi bermakna pasaran barang hanya untuk dalam negeri sahaja.[37] Namun, jika diadakan hubungan perdagangan dengan dunia luar, peluang mendapat pasaran yang lebih luas adalah tinggi. Golongan saudagar juga, telah mengeksploitasikan kaum tani dan yang lebih pentingnya telah memiskinkan golongan daimyo dan samurai.[38] Dengan ini, mereka bertanggungjawab melemahkan kuasa politik dan kestabilan ekonomi kelas-kelas atasan ini. Golongan saudagar juga telah melemahkan Bakufu dengan menyebarkan perasaan anti-Tokugawa.
Golongan saudagar tidak berpuas hati dengan kedudukan sosial mereka yang rendah walaupun mereka merupakan kelas terkaya dalam masyarakat Tokugawa. Dengan sebab ini mereka menaruh perasaan benci terhadap Bakufu. Mereka juga membenci Bakufu yang telah menurunkan nilai matawang dan memaksa golongan chonin supaya menghapuskan hutang beberapa daimyo yang telah tidak dapat menjelaskan hutang mereka. Dengan demikian kelas chonin mula menyokong golongan Tozama yang terdiri dari suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen yang enggan tunduk di bawah Bakufu Tokugawa. Sebenarnya, saudagar-saudagar seperti Mitsui, Ono, Shimada, Konoike dan lain-lain telah memberi sokongan kewangan yang kuat kepada kumpulan samurai muda.[39] Kumpulan samurai muda ini terdiri dari golongan Tozama yang telah menggulingkan Bakufu dalam tahun 1867. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, golongan saudagar turut melibatkan diri dalam kegiatan menggulingkan Syogun Tokugawa. Misalnya,  saudagar di bandar Osaka telah membantu golongan anti-Tokugawa.[40]




4.0 SOSIAL
4.1 Perasaan kebangsaan dan kefahaman shintonisme
Minat yang mendalam kerajaan Tokugawa yang menaungi Konfucianisme telah membawa Jepun ke arah pemulihan semula pengkajian sejarah dan seterusnya membawa para pengkaji menyelami mitos dan lagenda Jepun kuno sebagai mana yang tercatat dalam buku Nihon Shoki.[41] Sebenarnya tindakan ini dijalankan oleh Shogun Tokugawa untuk kebaikan negara Jepun, namun kesannya berbalik kepada Tokugawa sendiri. Hal ini terjadi di mana kajian yang dilakukan oleh golongan- golongan ini mendapati di dalam kepercayaan Shinto, Maharaja Jepun adalah berasal daripada keturunan Dewi Matahari iaitu Amitorasu.[42] Dalam kepercayaan tersebut menyatakan bahawa golongan Maharaja ini sepatutnya dihormati dan disanjungi. Kekuasaan juga seharusnya berada di tangan Maharaja namun apa yang berlaku di Jepun pada ketika itu adalah sebaliknya. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Jepun terhadap kesalahan yang telah dibuat oleh golongan Shogun ini. Sungguhpun tindakan ini bertujuan untuk kemajuan negara Jepun . Namun, para Shogun tidak menyedari bahawa langkah tersebut telah mendedahkan mereka kepada satu realiti bahawa tidak wujud sebarang tempat bagi Shogun dalam susunan politik Jepun.[43] Oleh itu, dalam mengekalkan pengaruh dan kedudukan pemerintah Tokugawa, ahli-ahli sejarah telah diarahkan untuk menulis semula sejarah negara tersebut untuk mengesahkan lagi wujudnya seorang Shogun dalam institusi politik.  Namun, ia telah ditentang keras oleh golongan pendita  yang menegaskan bahawa jawatan Shogun sebenarnya dicipta oleh Maharaja. Oleh hal yang demikian, Maharaja secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk melucutkan hak seorang Shogun. 
Keadaan lebih memburukkan lagi apabila tindakan menghidupkan semula fahaman Konfucius telah menyebabkan fahaman Buddhaisme digantikan  dengan fahaman Shinto.[44]  Mengikut sejarah, fahaman Shinto berasal dari kepercayaan animisme dan pemujaan alam.  Kekuataanya dilihat dan diperoleh dari sifat semulajadi.  Tanpa disedari ia dibentuk untuk orang Jepun menunjukkan perasaan terhadap alam dan kecintaan terhadap negara.[45] Shinto merupakan satu bentuk agama yang tidak memiliki pengasas, ayat suci dan kod moral malah pada awalnya ia juga tidak mempunyai nama.  Perkataan ini membawa maksud Jalan Tuhan dan menjadi tradisi kepada rakyat biasa.[46] Maka, dalam sistem politik dan sosial Jepun, agama Shinto merupakan agama yang menaungi Maharaja.  Namun menerusi sistem feudal Tokugawa, biarpun maharaja berada di tempat yang tertinggi dan namun  Maharaja tinggal di tempat yang terpencil yang terletak di Kyoto. Biarpun Maharaja Jepun dianggap sebagai ‘maha agung’ dan dikurniakan nilai-nilai ketuhanan[47] namun, maharaja hanya berkuasa mengurniakan pangkat, gelaran, dan anugerah, menetapkan nama-nama zaman dan menentukan haribulan takwim. Oleh itu, hal ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana Shogun telah sewenang-wenangnya merampas kuasa Maharaja.  Hal ini demikian kerana menerusi agama Shinto, orang ramai seringkali memuja kejadian alam dan hal ini bersangkutan dengan pemujaan keturunan Jimmu yang dianggap berasal dari keturunan Tuhan Matahari dan disepanjang 2000 tahun, kesemua Maharaja Jepun telah memperoleh hak ketuhanan yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.[48]  Mereka berpegang teguh dengan prinsip “ Hormatilah Tuhan dan Berkhidmatlah dengan Taat Setia kepada Keturunannya”.[49]  Keadaan ini telah memeningkan kepala pemerintah Bakufu kerana Shintoisme merangkumi satu kepercayaan yang kukuh terhadap keturunan keluarga diraja.  Orang ramai menganggap bahawa Maharaja seorang yang suci, punca segala kekuatan politik dan kekuatan mereka hendaklah digunakan secara sepenuhnya.  Perkara yang jauh lebih penting ialah rakyat jelata berkeyakinan bahawa Maharaja merupakan pemerintah yang tidak boleh disingkirkan dan adalah menjadi kewajipan mereka untuk menumpukan taat setia tanpa banyak persoalan.[50]

Hal inilah yang telah menyumbang kepada kejatuhan Shogun Tokugawa dalam sistem pemerintahan Jepun.  Lebih-lebih lagi apabila konsep Maharaja datang daripada keturunan Dewi Matahari atau Amiterasu[51] digunakan kembali oleh pengkaji sejarah.  Oleh itu, raja wajib dan harus dihormati dan ditaati.  Namun begitu, Shogun Tokugawa yang berkuasa dan bukannya Maharaja. Oleh itu, ia menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang Jepun lebih-lebih lagi dengan tindakan Shogun yang mengasingkan Maharaja di Kyoto.[52] Akhirnya, golongan nasionalisme berusaha menekankan perkaitan antara keturunan dewa-dewi sebagai susur galur keluarga diraja Jepun sehinggalah kemuncaknya apabila rasa hormat kepada keturunan maharaja telah bertambah kukuh dan rakyat tidak dapat menerima lagi pemerintahan kelas feudal tentera.  Hal inilah yang telah membawa kepada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

4.2 Perasaan antisentimen Golongan Samurai
Kejatuhan kesyogunan tokugawa adalah juga disebabkan oleh perasaan antisentimen golongan samurai ataupun turut dikenali sebagai kelas pahlawan ini. Golongan samurai ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan ketenteraan semasa kemunculan Ieyasu dan penubuhan bakufu.[53] Walaubagaimana pun, golongan samurai yang tinggal di Edo dan Bandar-bandar istana menjadi semakin ketagih kepada kemewahan dan bersikap boros semasa era keamanan yang panjang iaitu selama 250 tahun. Hal ini semakin parah apabila masalah kemiskinan syogun tokugawa dan golongan damiyo telah menyebabkan golongan ini turut terjejas akibat daripada gaya hidup mewah yang diamalkan mereka. Misalnya golongan damiyo yang jatuh miskin telah bertindak mengurangkan gaji golongan samurai ini. Hal ini telah menimbulkan banyak kesulitan golongan samurai ekoran daripada gaya hidup mereka yang sudah terbiasa dengan kemewahan. Akibatnya, golongan samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius pada abad ke 18 sehingga memaksa mereka untuk berhutang dengan saudagar terutamanya peminjam-peminjam wang dan broker-broker beras. Lebih parah lagi apabila ramai samurai yang berkhimat sebagai pegawai-pegawai rendah di Bakufu dan perkhidmatan pentadiran Han mula mengamalkan rasuah.
Hal ini demikian kerana golongan samurai turut mengamalkan sikap boros dan suka bermewah-mewah. Hal ini berlaku apabila golongan samurai dan golongan saudagar mula tinggal bersama-sama di Yedo. Sebelum ini golongan saudagar tinggal di pusat-pusat perniagaan seperti Osaka dan Sakai menyebabkan hubungan mereka dengan samurai dan saudagar terhad . Disebabkan keadaan yang tenang dan tenteram, golongan tentera hanya menjalankan tugas “garrison” dan mempunyai banyak masa lapang.Hal ini membuatkan golongan samurai menumpukan perhatian mereka kepada keseronokan dan hiburan yang boleh didapati di kota- kota.[54] Ini menyebabkan mereka membuat pinjaman melalui saudagar – saudagar dan peminjam – peminjam wang apabila mereka kekurangan wang untuk berseronok.[55] Hal ini yang membawa kepada masalah kewangan golongan samurai. Tambahan lagi, keadaan bertambah merunsing apabila golongan daimyo yang telah jatuh miskin telah memotong gaji samurai . Oleh hal yang demikian, golongan samurai telah hilang taat setia kepada tuan – tuan dan telah memberontak. Selain itu, golongan samurai juga telah memutuskan ikatan dengan daimyo dan telah menjadi  golongan ronin yang tidak bertuan. Malah mereka juga terlibat dengan kegiatan samun dan keganasan di bandar – bandar . Akibat rasa ketidakpuasan hati terhadap golongan  daimyo yang telah memotong gaji mereka sehingga menyebabkan mereka hidup melarat untuk menyara kehidupan dan beban hutang kepada saudagar mereka telah menghasut rakyat supaya membenci shogun sehingga membawa kepada lemahnya politik Shogun Tokugawa.








5. 0 KESIMPULAN
Secara keseluruhanya, kejatuhan Shogun bukanlah secara umumnya disebabkan oleh kedatangan Barat. Hal ini kerana, terdapat juga faktor dalaman yang menyebabkan kepimpinan Shogun menjadi lemah sekaligus dengan kedatangan Barat mendorong kepada kejatuhan Shogun. Keadaan ini dapat dilihat dimana dalam aspek politik pelbagai peraturan dan perubahan dalam pentadbiran yang memberi kesukaran kepada rakyat. Kesan daripada itu, kebajikan rakyat diabaikan dan negara diabaikan. Keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan ekonomi Jepun pada masa tersebut yang kurang stabil dimana telah berlaku bencana alam, kemiskinan dan kemelesatan ekonomi kerana golongan atasan terlalu bersikap boros. Dari aspek sosial, perasaan anti sentiment Shogun semakin meningkat di kalangan rakyat kerana tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh Jepun menyebabkan mereka semakin sedar. Oleh hal yang demikian, terdapat golongan yang telah menjalankan gerakan untuk menggulingkan kuasa Jepun khasnya golongan Satsuma.
            Manakala faktor luaran juga turut mendorong kepada kejatuhan Shogun kerana semasa Shogun mengalami masalah dalam negaranya orang Eropah telah datang dan menambahkan lagi masalah yang telah berlaku di Jepun pada masa tersebut. Misalnya, kuasa eropah semakin memberi tekanan kepada masyarakat Jepun dengan pelbagai cara sehingga memberikan kesan yang bertentangan dengan keadaan dengan Jepun pada masa tersebut. Kesan yang jelas iaitu melalui perjanjian Kanagawa Jepun secara perlahan telah membuka dasar tutup pintu yng dilaksanakan pada sebelumnya dengan membuka beberapa pelabuhan untu perdagangan kuasa eropah di Jepun. Melalui rumusan tersebut jelaslah kejatuhan Shogun disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman di samping keperibadian dan kepimpinan Shogun yang kurang memuaskan hati rakyat Jepun menyebabkan kuasa Shogun secara perlahan telah hilang.





BIBLIOGRAFI


Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andressen, C. (2002). A Short History of Japan. Australia: Allen & Unwin.
Conrad Schirohaver, D. L. (2006). A Brief History of Japanese Civilization: Second Edition.
Fitzgerald, C. (1970). Intisari Sejarah Asia Timo. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
G, B. (1963). The Modern History of Japan,. London: Weidenfeld & Nicolson.
Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri). (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd.
Joginder Singh Jessy. (1979). Jepun: Pemodenan. Kuala Lumpur: Longman.
John K. Fairbank, E. O. (1973). East Asia: Tradition and Transformation. Vol.1. London: George Allen & Unwin.
M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd.
Maswari Rosdi . (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955.
Mohd Yusuf Ibrahim. (2000). Ilmu Sejarah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morton, W. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Norman, E. (1991). Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden. .
P., M. J. (1985). The Bakufu in Japanese History. . California: Standford University Press.
Ravina, M. (2004). The Last Samurai: The Life and Battle of Saigo Takamori. Canada: Library of Congress Cataloging- in- Publication Data. .
Reshauer, E. O. (1974). Japan: The Story of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company.
Storry, R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vinacke, H. M. (1967). Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Analisis Data: Sistem Politik dan Sosial Tokugawa. Diperoleh pada 12 March 2013.daripada http://thesis.binus.ac.id/Doc/Bab3/LMM2006-59-Bab%203.pdf





[1]  Abu Talib Ahmad.  (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 51.
[2] Analisis Data: Sistem Politik dan Sosial Tokugawa. Diperoleh pada 12 March 2013.daripada http://thesis.binus.ac.id/Doc/Bab3/LMM2006-59-Bab%203.pdf
[3] Joginder Singh Jessy. (1979). Jepun: Pemodenan. Kuala Lumpur: Longman. Hlm 1.
[4] Richard Storry. ( 1982).  Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 77.
[5]  Abu Talib Ahmad. ( 2005 ). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 52.
[6]  Curtis Andressen. ( 2002 ). A Short History of Japan. Australia : Allen & Unwin. Hlm. 68
[7] M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arena Buku Sdn. Bhd. Hlm. 52.
[8] M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arena Buku Sdn. Bhd. Hlm. 56.
[9]Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 59
[10] Joginder Singh Jessy (1978)  (disunting oleh Ghazali Basri), Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm. 26.
[11] Ibid
[12] Maswari Rosdi (1983) Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. hlm 76
[13] Maswari Rosdi (1983) Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. hlm 76
[14] Ibid
[15] M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur:Arena buku Sdn. Bhd.  Hlm 53
[16] Ibid Hlm 58
[17] Edwin O. Reshauer. (1974). Japan: The Story of A Nation. Tokyo: Charles  E. Tuttle Company. Hlm 90
[18] M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun.  Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd , hlm. 52.
[19] John K. Fairbank, Edwin O. Reischauer and  Albert M. Craig. (1973). East Asia: Tradition and Transformation. Vol.1.London: George Allen & Unwin. Hlm. 433.
[20] Conrad Schirohaver, David Lurie, Suzanne Gay, Thomas Wadsworth. (2006). A Brief History of Japanese Civilization: Second Edition. Hlm.14.
[21] John K . Fairbank, Edwin O. Reischauer and  Albert M. Craig. (1973). East Asia: Tradition and Transformation, Vol .1. London: George Allen & Unwin. Hlm. 432.
[22] Beasley.W. G. (1963). The Modern History of Japan, London: Weidenfeld & Nicolson. Hlm. 82.
[23] Mass Jeffrey P. (1985). The Bakufu in Japanese History. California: Standford University Press. Hlm 154-155.
[24]Joginder Singh Jessy. (1979). Sejarah China dan Jepun Moden. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd. Hlm. 12.
[25] Ibid.
[26] Ibid.
[27]Masrawi Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 74.
[28]  Ibid. Hlm. 118.
[29] Ibid. Hlm. 119.

[30] C.P. Fitzgerald. (1970). Intisari Sejarah Asia Timo. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 217.
[31] Abu Talib Ahmad. (2005). Tamdun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 57.
[32] E.Herbert Norman. (1991). Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden. Hlm. 22.
[33] M.Rajendran. (1988).  Sejarah Jepun.  Hlm. 55.
[34] John K . Fairbank, Edwin O. Reischauer and  Albert M. Craig (1973). East Asia: Tradition and Transformation, Vol .1. London: George Allen & Unwin, Hlm. 432.
[35] Masrawi Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm. 72.
[36] Ibid. Hlm. 54.
[37] Masrawi Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:  Hlm 72.
[38] Beasley, W. G. (1963). The Modern History of Japan, London:  Weidenfield & Nicolson. Hlm 29-32.
[39] M.Rajendran, (1988). Sejarah Jepun.  Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd. Hlm 56.
[40] Masrawi Rosdi. (1983). Sejarah China  Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Hlm 73.
[41]  Edwin O. Reischauer (2006). Jepun: Sejarah Sebuah Negara.  Kuala Lumpur :  Penerbit Universiti Malaysia.   Hlm.78.
[42] Mark Ravina. (2004). The Last Samurai: The Life and Battle of Saigo Takamori. Canada: Library of Congress    Cataloging- in- Publication Data. Hlm 123

[43] Joginder Singh Jessy. (1978)  (disunting oleh Ghazali Basri). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. Hhlm.120.
[44] Ibid
[45] W.Scott Morton (2006) Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm.15.
[46] Ibid
[47] Harold M. Vinacke (1967)  Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 110.
[48] Joginder Singh Jessy (1978)  (disunting oleh Ghazali Basri). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm.95.
[49] Ibid
[50] Joginder Singh Jessy, Sejarah China dan Jepun. hlm.120.
[51] Sejarah China dan Jepun Moden. hlm.73.
[52] Ibid
[53] M Rajendran.  (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena buku Sdn. Bhd. Hlm. 54.
[54]  Masrawi Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm.118.
[55] Mohd Yusuf Ibrahim. (2000). Ilmu Sejarah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 156.

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By fatin izzanti sanusi. All Right Reserved To Me.