1.0 PENGENALAN
Perjanjian British Belanda 1824 juga dikenali
sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi
masalah antara British dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam
keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri.
Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam
sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia. Perjanjian ini telah ditandatangani
pada 17 Mac 1824 di London dan melibatkan dua buah pihak iaitu British dan
Belanda. Pihak British telah menghantar George Canning untuk melakukan
rundingan manakala wakil daripada pihak Belanda ialah Charles W.Wymn. Kedua-dua
pihak iaitu British dan Belanda telah melakukaan rundingan untuk menyelesaikan
masalah persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal Singapura.[1]
Dalam rundingan yang telah dijalankan akhirnya British dan Belanda bersetuju
untuk menamatkan persaingan dan pergeseran antara mereka demi kepentingan
politik dan ekonomi masing-masing di Kepulauan Melayu dengan menandatangani
Perjanjian London 1824. Tambahan pula, British dan Belanda mendapati ketegangan
di antara mereka selama ini tidak memberi sebarang faedah dan malah merugikan
mereka. Perjanjian British Belanda 1824 ini telah dilakukan dilakukan tanpa
merujuk kepada mana-mana raja-raja Melayu. Antara faktor yang mendorong
termeterainya perjanjian ini adalah disebabkan oleh British yang mengamalkan
sistem perdagangan bebas (laissez faire) manakala Belanda mengamalkan
perdagangan monopoli.[2]
Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan Perjanjian British Belanda 1824
memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi, politik, mahupun sosial
terhadap perkembangan Kepulauan Melayu dan perjanjian ini lebih berpihak kepada
British.
2.0 KEPENTINGAN
PERJANJIAN ANGLO BELANDA 1824
2.1 POLITIK
2.1.1 Pembahagian Kepulauan Melayu Kepada Dua Lingkungan Pengaruh
Perjanjian London 1824 telah memberi kesan
kepada kedua-dua buah Negara baik Belanda mahupun British. Perjanjian ini telah
menetapkan kawasan pengaruh yang menjadi hak mutlak British dan Belanda. Dalam
perjanjian ini, Belanda telah memiliki kepulauan Riau dan Indonesia manakala
Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan British.
Perjanjian ini telah menjadi penentu kepada sempadan Malaysia, Indonesia,
Singpura. Melalui perjanjian London 1824, Belanda telah menarik balik
bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura manakala British bersetuju
tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulau Karimon, Bantam, Bintang,
Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. [3]British
juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau
tersebut. Kemudiannya, British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan
Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan. Bandar dan pelabuhan Melaka
serta tanah jajahan yang dimiliki oleh Belanda diserahkan kepada British.
Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di
kawasan tersebut. Kawasan Bangkahulu di Sumatera pula telah diserahkan kepada
Belanda dan pihak British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau
perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera. Dalam perjanjian ini, Belanda telah
menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewa yang dimiliki kepada
British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100000 kepada Britsh sebagai
penyelesaian hutang-piutangnya. Kepulauan Melayu meliputi keseluruhan Tanah
Melayu (Malaysia) termasuk Singapura, Pulau Pinang dan Selat Melaka. Manakala
Kepulauan Indonesia meliputi Jawa, Sumatera, Betawi, Madara, Lambok, Sumbawa,
Sulawesi dan Flores.[4]
Perjanjian ini dianggap penting sebagai membuka jalan kea rah perluasan kuasa
politik dan ekonomi Belanda dan British di Asia Tenggara. Mengikut perjanjian
ini, gugusan kepulauan melayu telah dipisahkan kepada dua iaitu wilayah jajahan
Belanda dan wilayah jajahan British. Selat Melaka telah menjadi sempadan antara
kawasan jajahan British dan Belanda. Wilayah jajahan British berada di sebelah
utara Singapura iaitu meliputi Singapura, Melaka, dan negeri-negeri lain di
Tanah Melayu. Penentuan kawasan wilayah dapat menghindarkan daripada berlakunya
perbalahan mahupun permusuhan antara British dan Belanda. Kedua-dua kuasa Barat
ini dapat meluaskan pengaruh kuasa dan politik di kawasan masing-masing tanpa
sebarang rasa curiga antara satu sama lain. Perjanjian ini telah membuktikan
tamatnya peluang British untuk bertapak dan meluaskan pengaruhnya di Kepualaun Indonesia.
Pada 1824, berlaku perjanjian
antara Yang Mulia Raja British dengan Belanda yang berkuasa ke atas wilayah dan
perdagangan di Hindia Timur telah ditandatangani. Nasib Singapura ditentukan
oleh perkara XII dalam perjanjian ini.
Raja Belanda menarik balik semua bantahan yang telah dibuat terhadap pendudukan
rakyat Yang Mulia Raja Inggeris di Singapura. Walau bagaimanapun Yang Mulia
Raja Inggeris berjanji bahawa tidak ada petempatan Inggeris yang akan dibuka di
Pulau Karimon, Bantam, Bintang dan Pulau Linggi atau mana- mana pulau yang
terletak di selatan Selat Singapura, juga pihak British tidak akan tandatangani sebarang perjanjian
dengan ketua- ketua pulau ini.
Perkara XII yang termaktub dalam
perjanjian Inggeris –Belanda 1824 ialah
seperti berikut :
“Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri
Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau
Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha
Mulia Baginda King Great Britain
berjanji bahawa tiada apa- apa pertapakan British akan dirikan di Pulau
Karimon atau Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di mana- mana pulau lain di
selatan Selat Singapura , dan tiada apa- apa persetiaan akan diikat oleh pihak berkuasa British dengan para
pembesar pulau- pulau itu.”
T. J Newbold , seorang ahli
sejarah awal mengenai petempatan British di Tanah Melayu, telah membuat
bantahan pada tahun 1839 bahawa berdasarkan ayat , pulau- pulau di Selatan
Selat Singapura, perjanjian itu dari segi politik telah memisahkan mereka (
pihak British ). Dari kawasan yang terkaya di Borneo, lombong bijih di Bangka,
Pulau Belitong, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Pulau Flores dan hampir seluruh
Pulau Sulawesi di samping kehilangan Aceh dan seluruh Sumatera. [5]
Akibat daripada perjanjian 1824,
Inggeris tidak boleh membuka petempatan dan tidak boleh menandatangani sebarang
perjanjian dengan sebarang raja di mana- mana pulau yang terletak di selatan
garisan lintang Selat Melaka. H.T. Colenbraner telah menyatakan selepas
perjanjian 1824, hanya terdapat satu tempat Hindia yang membolehkan British
menempatkan kuasa politiknya iaitu utara Borneo. Selain itu juga pihak British
telah berjanji untuk tidak campur tangan lagi dengan Sumatera atau mana- mana
pulau di Gugusan Kepulauan Melayu.
Menjelang akhir perundingan di
Landon dalam taun 1823-1824, Flack telah menghasilkan satu rangka projek yang
menyediakan cadangan utama Belanda. Lampiran kepada perkara asas ini dalam dua
artikel khas, iaitu yang keduanya mengandungi syor yang terlampau tinggi. Pihak
yang berjanji harus ingat bahawa pemilikan mereka di Timur Jauh telah
dibahagikan oleh garisan pembatasan iaitu perubahan iaitu bermula dari kawasan
masuk ke Selat Melaka yang selari dengan Kedah dan berakhir di hujung Selat
Singapura. Dengan itu pulau ini menjadi batas pemisah di utara dan Pulau
Karimon, Bantam, Bintang, dan Kepulauan Riau di Selatan. Gagasan tentang
garisan pemisah sempadan yang wujud secara teori di antara British dan Belanda
di Bahagian Timur gugusan kepulauan ini pertama kalinya telah pun dikemukan oleh Stamford Raffles.[6]
Melalui perkara VIII isi
perjanjiannya seperti berikut :
“Segala tanah jajahan, petempatan dan pertapakan yang
diserahkan melalui perkara terdahulu hendaklah diserahkan kepada para pegawai
Raja masing- masing pada 1 hari bulan
Mac 1825, segala Kubu hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh
pembaharuan persetiaan ini di India, tetapi tiada apa- apa tuntutan boleh
dibuat oleh satu pihak yang satu lagi terhadap kelengkapan tentera atau bekalan
daripada apa jua jenisnya, sama ada yang telah ditinggalkan atau dipindahkan
oleh ketua penyerah , dan tiada juga terhadap apa- apa tunggakan hasil atau
bagi apa- apa bayaran pentadbiran.”
Didapati Netherland telah menyerahkan semula pemilikan
mereka di India kepada British dan sebagai balasan Great Britain akan berundur
dari pulau- pulau itu. Untuk menjelaskan maksudnya, Flack seterusnya melukis
satu garisan di atas peta yang bermula dari hujung utara Sumatera melalui Selat
Melaka, mengelilingi Johor dan kemudian terus ke Utara. British juga tidak
berhasrat untuk mengembangkan kawasan pemilikan Syarikat Hindia Timur.
Selain itu, wakil British dan wakil Belanda bersetuju
supaya garisan pembatasan yang dicadangkan tidak seharusnya merangkumi Borneo
dan tidak melebihi Selat Singapura. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan dari
timbulnya sebarang kekeliruan di dalam perjanjian iaitu yang berkemungkinan
tidak akan disukai oleh kuasa- kuasa lain. Di samping itu, ia membawa makna
bahawa pihak Belanda dan Inggeris sedang membahagikan gugusan kepulauan sesama
mereka. Di dalam surat iringan kepada Kerajaan Belanda, Falck menerangkan
bahawa perenggan kedua artikel ini adalah dianggap perlu untuk mengelakkan
pihak British dari menuntut sebarang hak pada masa depan untuk mengadakan
hubungan atau menyebarkan pengaruh mereka di Pulau – Pulau Linggi., Riau dan
Karimon. [7]
Melalui perjanjian itu, mengikut kewajipan rasmi,
kerajaan Inggeris dilarang dari menjalankan usaha – usaha untuk mendirikan
petempatan di Pulau- pulau di selatan Selat Singapura. Sementara perundingan
yang membawa keadaan perjanjian 1824 berlangsung di London , pihak berkuasa
Landon menguatkan hak mereka di Borneo. Residen- residen telah dilantik di
Banjarmasin bagi kawasan Pantai Selatan dan di Puntianak dan Sambas di sebelah
Barat. Menjelang tahun 1825, pegawai- pegawai ini dengan bantuan pesuruhjaya kerajaan yang dihantar
dari Jawa, telah berjaya menarik semua anak - anak raja tempatan yang penting
dari kedua- dua kawasan itu untuk mengiktiraf kerajaan Belanda. Usaha- usaha
untuk menindas kebebasan komuniti pelombong- pelombong Cina di bahagian barat
kurang berjaya tetapi pihak Betawi yakin tidak lama lagi mereka ini juga akan
tunduk kepada pemerintahan Belanda.
Peruntukan-peruntukan dalam perjanjian Inggeris- Belanda
pada tahun 1824 menyebabkan perlunya disusun semua aturan ini, sebab kedua- dua
pihak berhak menuntut wilayah- wilayah yang akhirnya diletakkan di bawah
pengaruh Belanda. [8]
Perjanjian Inggeris Belanda adalah salah satu dari usaha- usaha pihak kerajaan
British merapatkan lagi persahabatan dengan kerajaan Netherland Bersekutu dan
hal ehwal Eropah di samping menamatkan sama sekali segala sengketa dan
pertikaian antara kedua- dua buah negara iaitu di Timur. Dengan demikian ini
merupakan akibat konvensi tahun 1814 yang sewajarnya, di mana empayar Belanda
di Indonesia perlu dikembalikan kepada kerajaan baru itu.
2.1.2
Persaingan kuasa antara Belanda dan British
Pendudukan
British di Singapura telah menjadikan hubungan antara British dengan Belanda
semakin tegang malah Belanda membantah keras pendudukan Raffles di Singapura
dan mendakwa bahawa pulau tersebut milik mereka. Belanda menganggap tindakan
British menduduki Singapura sebagai pencabulan hak mereka dan menuntut supaya
pihak British berundur dari pulau tersebut malah dalam kalangan orang British
sendiri terdapat reaksi yang dilihat menyokong pihak Belanda. Walau
bagaimanapun, perkembangan pesat Singapura menyebabkan Britain tidak mahu
menyerahkan semula pulau itu kepada Belanda malah Singapura dilihat mempunyai
masa depan yang cerah dari segi ekonomi dan berpotensi menjadi sebuah
pelabuhan, pusat perdagangan dan pangkalan laut yang penting di Asia Tenggara.
Selain itu, penglibatan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Singapura ini
menimbulkan reaksi daripada pihak Belanda malah perselisihan melalui
surat-menyurat berlaku antara kedua-dua pihak itu. Belanda dalam aduannya
menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Tengku Husin dilantik sebagai Sultan
Johor.[9]
Sebaliknya Belanda mengiktiraf Tengku Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga
sebagai Sultan Johor malah bagi Stamford Raffles pula, pelantikan Tengku Abdul
Rahman tidak sah kerana tidak disertai dengan alat-alat kebesaran. Walau
bagaimanapun, kerajaan British juga sedar bahawa masa sudah tiba untuk
mewujudkan persefahaman dengan Belanda tentang kepentingan mereka di Timur.
Sementara itu, Belanda juga sedar tuntutan mereka ke atas Singapura tidak akan
berjaya setelah Hastings memutuskan untuk mempertahankan pulau tersebut sebagai
milik British. Oleh itu, Belanda berpendapat masalah Singapura harus
diselesaikan secara aman, iaitu melalui rundingan, terutamanya bagi menyekat
pengaruh British daripada merebak ke kawasan lain.
Walau
bagaimanapun, selepas Perang Napoleon (1795-1816) berakhir di Eropah, kedua-dua
kerajaan di Britain dan Belanda berhasrat memelihara hubungan baik kerana
masing mempunyai kepentingan di Asia Tenggara malah British berpendapat
hubungan baik dengan Belanda amat penting dari segi keselamatan kerana
kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan malah negara Belanda merupakan
tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh untuk menyerang Belanda.
Selain itu, Britain juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mula terancam
kerana hubungan Britain dengan negara Barat yang lain semakin merosot malah
selepas Perang Napoleon, hubungan Britain dengan rakan-rakan sekutunya yang
menentang Perancis semakin renggang. Jerman, Austria dan Rusia mengasingkan
diri dari England kerana perbezaan pendapat dan mazhab agama. Oleh itu, Britain
memerlukan Belanda sebagai rakan rapat Eropah malah Belanda juga merasakan
perlu untuk menjalinkan hubungan baik dengan Britain kerana negara tersebut
telah membantu Syarikat India Timur Belanda (VOC) menghadapi krisis kewangan
akibat kemerosotan perdagangan di Timur dan amalan rasuah dalam kalangan para
pegawainya. Selain itu, ekoran daripada pinjaman berterusan daripada Britain
menyebabkan jumlah hutang Belanda semakin bertambah malah pada tahun 1781, hutang
Belanda berjumlah 25 juta pound dan angka ini bertambah kepada144 juta pound
pada tahun 1799. Hal ini telah menyebabkan Belanda terpaksa memikul beban
hutang itu dengan diatasi dengan tolak ansur dan rundingan dengan pihak
British.
Oleh
itu, untuk mengatasi masalah ini maka telah diadakan beberapa rundingan dan
akhirnya satu persetujuan telah dicapai antara dua pihak bagi menyelesaikan
pergaduhan antara British dengan Belanda di Timur. Pada 17 Mac 1824, satu
perjanjian telah ditandatangani di London yang dikenali sebagai Perjanjian
Anglo-Belanda atau Perjanjian London. Britain telah diwakili oleh George
Canning dan Charles Watkin Wynn mewakili Belanda malah perjanjian ini telah
dipersetujui dan menamatkan perbalahan dan hubungan tegang yang berterusan antara
dua kuasa Eropah malah demi untuk menjaga kepentingan politik dan negara
masing-masing maka syarat-syarat perjanjian dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu butir-butir perjanjian wilayah, perniagaan dan kewangan.
2.1.3
Pepecahan Empayar Johor-Riau
Melalui perkara XII isi
perjanjiannya seperti berikut:
“Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik
balik bantahan yang dibuat berhubung dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh
rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King
Great Britain berjanji bahawa tiada apa-
apa pertapakan British akan dirikan di Pulau Karimon atau Pulau Batam, Bintang,
Lingin, atau di mana- mana pulau lain di selatan Selat Singapura , dan tiada
apa- apa persetiaan akan diikat oleh
pihak berkuasa British dengan para pembesar pulau- pulau itu”
Empayar
Johor-Riau sangat luas meliputi wilayah Riau-Lingga, Singapura dan Pahang
Selepas termerai Perjanjian London 1824, empayar Johor telah berpecah kerana
sebahagian wilayahnya menjadi hak mutlak British manakala sebahagian lagi
adalah kepada Belanda. Keadaan ini sewenang-wenangnya telah memisahkan kesatuan
kebudayaan Pantai Timur Sumatera dan Semananjung Melayu.[10] Empayar Johor runtuh kerana pembahagian dua
kawasan pengaruh iaitu Singapura dan Tanah Besar Johor serta Pahang berada di
bawah kawalan British. Manakala Riau-Lingga pula jatuh ke bawah pengaruh
Belanda.[11] Perjanjian ini juga telah memberi kesempatan
kepada Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan daripada kekuasaan Johor dan
secara hak mengukuhkan kedudukan Sultan Pahang yang baru serta menentukan
kedudukan Pahang sebagai unit politik yang tersendiri.[12] Selain itu, perjanjian ini juga telah
berjaya menamatkan masalah perebutan takhta Johor iaitu antara Sultan Hussian
dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor
dan Sultan Abdul Rahman di Kepulauan Riau-Lingga.
2.1.3
Perkembangan Negeri Negeri Selat (NNS)
Selepas termeterainya Perjanjian Landon pada 1824, Hal ini bermakna
secara rasminya British mempunyai hak ke atas Semenanjung Tanah
Melayu. Pelabuhan yang terpenting iaitu, Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka telah digabungkan oleh British pada 1826 bagi menjimatkan kos pentadbiran.
Selain itu, dengan tertubuhnya Negeri-negeri Selat ini, British
dapat menyeragamkan pentadbiran dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang sama
dengan Eropah. British telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang merangkumi
tiga komponen yang utama iaitu, badan eksekutif, legislatif, dan
judisiari. Keadaan ini telah membawa satu perubahan yang besar
terhadap sistem politik di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19, hal ini
demikian kerana sistem ini telah mewujudkan satu keadaan yang selamat, aman,
dan teratur di Negeri-negeri Selat. Perkembangan politik yang stabil telah
membawa kepada perkembangan sistem pembentukan masyarakat yang bersifat plural
dan kemajuan dalam sistem ekonomi. Hal ini juga dapat dilihat di mana selepas perjanjian Anglo-Belanda 1824
ini telah menyebabkan penguasaan British di Tanah Melayu bermula dengan
penubuhan dua buah petempatan, iaitu Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819).
Setelah Melaka diserahkan oleh Belanda kepada British melalui perjanjian 1824
antara akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, British telah menguasai tiga buah
tanah jajahan dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan
Seberang Perai di utara, Melaka di tengah dan Singapura di Selatan. Pulau
Pinang dan Seberang Perai pada mulanya ditadbirkan oleh Francis Light sebagai
Penguasa dan diletakkan di bawah pentadbiran Gabenor British di Calcutt. Di
samping itu, pentadbiran di Singapura pada mulanya diketuai oleh Residen yang
bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor di Bangkahulu malah dua tahun setelah
perjanjian tahun 1824, Singapura diletakkan di bawah pentadbiran Gabenor
Jeneral di Calcutta sama seperti Pulau Pinang dan Melaka juga diberi taraf yang
sama.[13] Akhirnya, ketiga-tiga
buah petempatan disatukan sebagai satu unit pentadbiran dan diberi nama
Negeri-negeri Selat malah Negeri-negeri Selat yang bertaraf Presidensi Keempat
diletakkan di bawah pentadbiran EIC yang berpusat di India.
2.2
EKONOMI
Melalui perkara XV
pula isi perjanjiannya seperti berikut :
“Pihak peranji tertinggi bersetuju bahawa
tiada mana- mana wilayah atau pertapakan yang disebut dalam perkara VIII, IX,
X, XI, dan XII boleh, pada bila- bila masa di pindahkan keada mana- mana tanah
jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah satu pihak peranji, maka hak
pendudukannya hendaklah dengan serta-merta beralih ke Pihak yang satu lagi.”
Wilayah- wilayah tersebut tidak boleh
bertukar tangan dengan kuasa – kuasa lain dan jika mereka meninggalkan wilayah
tersebut perlu diserahkan kembali. Mereka juga bersetuju supaya tidak menubuhkan
sebarang penempatan baru di mana- mana pulau di Laut- laut timur tanpa izin
daripada kerajaan masing - masing di Eropah. Oleh itu, terdapat dua pengaruh
yang berasingan, dan tentang dasar di mana tiap- tiap satu pihak menahan diri
dari campur tangan wilayah pihak yang lain.
Bahagian – bahagian wilayah dalam
perjanjian itu adalah perkara yang terpenting dalam usaha menyingkirkan satu
daripada sebab- sebab persengketaan. Tahun- tahun seterusnya didapati terdapat
aduan- aduan yang menyatakan bahawa Belanda cuba mengelakkan peruntukan-
peruntukan perniagaan dan mengganggu perniagaan British dengan Kepulauan
Nusantara. Bagi pihak Belanda mereka lebih menguntungkan kerana dengan
perjanjian itu mereka mendapat Sumatera dan Kepulauan-kepulauan di Nusantara
yang belum lagi diduduki oleh mereka. Namun British lebih waras apabila mereka
melepaskan peluang untuk membina empayar yang luas di Nusantara, dan di samping
itu mendapatkan jaminan bahawa Belanda tidak akan mengganggu mereka di
semenanjung.
Semasa perniagaan dijalankan,
wakil – wakil British dan Belanda
mendapati mereka mempunyai banyak
persamaan dari segi dasar. Secara beransur- ansur mereka berupaya untuk
menyelesaikan banyak kesukaran dan salah faham yang telah sekian lama
mengganggu kedua- dua belah pihak. Pada akhir bulan Januari 1824, persetujuan
yang kukuh telah dicapai berkenaan dengan semua isu penting. Tempoh masa dua
bulan lagi diperlukan bagi menyelesaikan segala perselisihan sebelum
perbincangan yang perlu dengan jabatan- jabatan kolonial di London dan The
Hague diselesaikan.
Melalui perkara I isi perjanjiannya seperti
berikut:
“Pihak Penjanji Tertinggi berjanji
membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara tanah jajahan masing-masing
di kepulauan Timur,dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai Negara bertaraf
paling diutamakan;dan rakyat masing-masing perlu mematuhi peraturan tempatan di
setiap petempatan.”
Melalui perkara II isi perjanjiannya seperti
berikut:
“Rakyat dan kapal sebuah Negara
tidak perlu membayar,atas pengimportan di pelabuhan pihak yang satu lagi di
Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti yang
dikenakan ke atas rakyat dan kapal Negara pemilik pelabuhan itu.
Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di
Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon oleh kapal kargo Belanda,
hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan itu
melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British.
Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti
dikenakan, apabila import atau di eksport oleh rakyat, atau di atas kapal
Negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke atas rakyat atau
kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam
peratus”
Kepentingan Perjanjian London atau
Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada 17 Mac 1824 dapat dilihat
dari sudut ekonomi khususnya dalam aktiviti perdagangan kedua-dua kuasa barat
tersebut. Dari aspek perdagangan terkandung syarat-syarat bahawa kapal-kapal
perdagangan dari kedua-dua pihak iaitu Belanda dan Inggeris dibenarkan saling
memasuki wilayah masing-masing, tetapi dikenakan bayaran cukai. Walau
bagaimanapun, pihak Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli
perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu.[14] Selain
itu, kedua-dua kuasa besar ini bersetuju untuk saling memberikan layanan yang
baik antara satu sama lain di India, Sri Lanka dan Nusantara.
Selepas perjanjian tersebut
Singapura telah ditadbir secara sepenuhnya oleh Inggeris.[15]
Di bawah pentadbiran Inggeris, Singapura telah menjadi sebuah pasar atau
pelabuhan entrepot yang semakin berkembang menjelang 1830-an. Jumlah
peningkatan dagangan Singapura dapat dilihat pada tahun 1821 ialah 5 juta,
meningkat kepada 11 juta pada tahun 1824 dan terus meningkat kepada 18 juta
pada tahun 1833. Kemajuan singapura turut mempengaruhi perkembangan perdagangan
di Pulau Pinang, dan Johor. Johor menjadi pengeksport gambir, lada,
balak, dan getah percaya yang terpenting ke London. Manakala Pulau Pinang
menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting. Jelaslah bahawa penyerahan
Singapura kepada Inggeris oleh Belanda banyak memberi manfaat kepada
perdagangan Inggeris.
Penyerahan semula Bangkahulu
kepada Belanda oleh Inggeris memberi manfaat kepada perdagangan Belanda. Walau
bagaimanapun, Belanda tidak dibenarkan mengenakan cukai lebih dua kali ganda
kepada kapal dagang Inggeris di pelabuhan-pelabuhan Belanda di Indonesia.[16]
Ketika Belanda menguasai seluruh Sumatera, pedagang dari Singapura dan Pulau
Pinang menyatakan cukai yang dikenakan oleh Belanda telah menyekat aktiviti
perdagangan mereka dan bertentangan dengan Perjanjian London. Oleh hal yang
demikian Belanda terpaksa beralah kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan
Inggeris. Jelaslah di sini bahawa walaupun Perjanjian London 1824 adalah atas
persetujuan bersama, tetapi ia lebih memberi banyak mnfaat kepada pihak
Inggeris.
2.3 SOSIAL
2.3.1 Pelanunan
Berikut ialah perkara V :
“Duli - Duli Yang Maha Mulia
Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji bersetuju
mencecah pelanunan di laut- laut itu, mereka tidak akan memberi perlindungan
kepada kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidak akan membenarkan
dalam mana- mana hal kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa
masuk disimpan, dijual dimana- mana tanah jajahan mereka.”
Kepentingan bagi usaha bersama
menentang kejahatan ini dapat disedari dengan melihat sekali imbas beberapa
jilid rekod- rekod Negeri – negeri Selat. Perkara ini menjadi pesoalan yang
penting alam perutusan pihak- pihak berkuasa. Di alam Melayu soal pelanunan
memang sudah lama merebak dengan beraneka
corak sehingga apabila kuasa barat yang muncul pada abad ke 19 cuba
hendak menghapuskannya.
Francis Light pernah menyebut pada
kurun ke 18 pedagang - pedagang yang mahir di pulau- pulau timur juga
terkenal dengan kehandalan mereka di
Nusantara sebagai lanun. Setiap tahun
angin lanun membawa mereka ke Selat Melaka mengancam perahu – perahu yng
menghala ke Singapura. Gugusan pulau- pula itu semakin kehilangan penduduknya
kerana diculik untuk dijadikan hamba abdi. Mereka juga banyak melakukan
bermacam-macam – macam kerosakan dan kacau bilau. Musuh besar bagi kaum - kaum
lanun dan Balanini ialah lanun – lanun
Melayu dari pulau- pulau Riau- Lingga , iaitu kaum Karimon, dan pulau- pulau
lain berdekatan dengan hujung sebelah selat Melaka.
Pada awal abad ke 19 pantai barat
laut Kalimantan sebagai menjadi pusat lanun yang terkecil sekali, gerakan
–gerakan lanun sebenarnya dilakukan oleh orang Dayak iaitu lebih terkenal
sebagai Orang Laut mereka berada di bawah kuasa dan arahan pembesar- pembesar
Melayu dan orang perseorangan yang di tinggal bersama -sama mereka. Didapati
kerjasama yang dipersetujui dalam perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak pernah
mendatangkan hasil. Belanda yang mempunyai lebih banyak kapal perang daripada
British di gugusan pulau- pulau Melayu, telah banyak mengusahakan penghapusan
lanun- lanun, tetapi mereka mengehadkan usaha- usaha mereka mereka di kawasan
mereka sahaja.
3.0 PENUTUP
Secara
keseluruhannya, melalui analisis yang dilakukan oleh kumpulan kami, perjanjian
ini sebenarnya bertujuan untuk menghentikan sentimen permusuhan yang
telah lama menghantui kedua-dua kuasa ini terutamanya dalam dalam kegiatan
perdagangan. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani adalah
berdasarkan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak untuk dipatuhi. Walaupun
pada mulanya mereka mematuhi tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku
kerana perjanjian itu tidak memberikan sebarang makna kepada mereka
dan hanya mendatangkan hubungan yang baik di Eropah sahaja. Perasaan benci
pedagang dan pegawai British terhadap Belanda masih kuat dan menebal dalam diri
mereka yang tidak mungkin akan dapat dikikis hanya kerana sehelai kertas. Bagi
mereka perjanjian itu dimeterai hanya demi kepentingan ekonomi semata-mata.
Jika tidak sebelah mata pun mereka tidak mahu pandang apatahlagi berhubungan
baik. Perjanjian ini secara nampaknya sewenang-wenangnya membelakangi
pemerintah tempatan tanpa berunding dahuli dengan Raja-raja Melayu. Hal ini
demikian kerana Raja-raja Melayu pada pandangan British dan Belanda tidak
memberikan apa-apa kesan keatas mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka memandang
rendah dengan kebolehan Raja-raja Melayu yang dikatakan tidak berpendidikan,
tamak, kejam, bodoh, dan senang dipergunakan. Pada ketika ini, maka bermulalah
detik penguasaan kedua-dua kuasa tersebut di Alam Melayu dan sebagai permulaan
juga kepada penderitaan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat tempatan.
[1]
Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah
Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 101.
[2]
Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan
bebas:sejarah dan perkembangan. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 109
[3]
Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan
Bebas: Sejarah dan Perkembangan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 109
[4]
Ibid, hlm 25
[5]
Graham Irwin terjemahan Mohd, Nor Ghani dan Noraini Ismail. (1986). Borneo
Abad ke sembilan Belas.Kuala. Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia. Hlm. 80.
[6]
Ibid. hlm. 81.
[7]
Ibid.hlm.84
[8]
D.G.E.
Hall. (1981). .Sejarah
Asia Tenggara.
London: Macmillan & Co. Ltd. hlm.
625.
[9]Abdullah
Zakaria, (2001), Istana dan Politik Johor,
Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 21
[10]
Barbara.Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya. Macmillan
Publishers (M)
Sdn Bhd., hlm 140
[11]
Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia
1800-1963, hlm 25
[12]
Barbara.Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya. (1983). Sejarah Malaysia, hlm 143
[13]
Mohd.Isa Othman
(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd. hlm 153.
[14] Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Hlm. 144.
[15]Mohd.Isa
Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 24.
[16]Anthony
Ried (1963). The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and
Britain 1858-1898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm. 12.
0 comments:
Post a Comment