Huraian
1. Solat merupakan tanda pertalian
terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya
melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja
hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan
salah satu daripada Rukun Islam.
4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti
dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang
ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana
resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang
kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan
mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.
|
0 comments:
Post a Comment