Diriwayatkan daripada Ibnu
Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang
telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya.
Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut
dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang
sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba
mengubah ciptaan Allah s.w.t.
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan
harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah
dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
0 comments:
Post a Comment