Pengajaran eksplisit
Pengajaran eksplisit juga dikenali sebagai
strategi pemusatan guru.Pengajaran eksplisit melibatkan persembahan bahan
pengajaran lebih ringkas.Maksud yang terkandung di dalam sesebuah pembelajaran
adalah jelas, padat, terang, tegas dan positif.Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat
guru adalah untuk memberikan atau menyampaikan
maklumat, mengajarkan prosedur (SOP), dan membina kemahiran langkah demi langkah. Pengajaran eksplisita dalah salah
satu daripada kaedah pengajaran secara terus terang.
Berfikir bersuara
Kemahiran berfikir bersuara merupakan
salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pengajaran
(P&P). Kemahiran berfikir bersuara didefinisikan sebagai satu proses yang
kompleks yang berlaku dalam minda seseorang kemudian diluahkan melalui
percakapan dan pertuturan.
Terap imej
Penerapan imej adalah satu kaedah yang
digunakan untuk menggambarkan dan memudahkan corak pemikiran. Antara contoh imej ialah dalam bentuk grafik
seperti peta minda, graf, carta alir, jadual, dan sebagainya lagi. Imej juga dapat menggambarkan
perhubungan, perkaitan fakta, idea utama dan sebagainya lagi bagi memudahkan
pemahaman dan pengurusan pemikiran.
Dialog
Dialog merupakan satu teknik percakapan
atau pertuturan antara individu dengan individu lain iaitu melibatkan dua
pihak. Melalui teknik ini juga maka terhasilnya interaksi yang merangkumi
pandangan, pendapat, buah fikiran dan sebagainya lagi.
ii) Mengapakah ia
dilaksanakan dalam sesuatu P&P bacaan
Bilik
darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Melalui pendidikan zaman ini, sekolah
cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Oleh itu sebuah bilik darjah
yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampu menggerakkan
organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara
formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif. Interaksi
pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atau
individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi
dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu terdapat
empat jenis teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah iaitu teknik pengajaran
eksplisit, berfikir bersuara, terap imej dan teknik dialog.
I.
Teknik
pengajaran eksplisit
Pengajaran
ekplisit adalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara langsung. Melalui
persembahan bahan pengajaran yang ringkas pelajar akan lebih mudah memahami
sesuatu bahan pengajaran yang diberikan.Tujuan utamapengajaran eksplisit
dilaksanakan kerana mampu merangsang minda pelajar untuk lebih cepat
berfikir.Hal ini demikian kerana guru hanyalah menceritakan idea-idea utama
atau kata kunci dalam sesuatu bahan pengajaran.Oleh itu, sebagai pelajar mereka
dapat meningkatkan kemahiran belajar melalui pencarian bahan dan menimba ilmu
menerusi bacaan yang lebih meluas. Hal ini secara tidak langsung pelajar dapat
mengukuhkan aktiviti keilmuan menerusi pembacaan yang luas dengan merujuk
pelbagai sumber seperti majalah Dewan Bahasa, surat khabar, Pelita Bahasa,
Dewan Masyarakat dan sebagainya lagi.
Seterusnya, teknik pengajaran ekplisit juga mampu malahirkan pelajar yang mempunyai
semangat inkuiri yang tinggi. Mereka dapat membina kecekapan berfikir secara
kritis dan analitis dalam memikirkan topik-topik yang dibincangkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Sebagai contoh pemikiran
kritis seperti proses menganalisis dan
menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan
bermakna. Oleh itu, pelajar dapat mengaplikasikan teknik pemikiran kritis ini
di dalam proses pengajaran supaya percambahan idea dapat berlaku seiring dengan
topik yang dibincangkan oleh guru.
Selain
itu, teknik pengajaran eksplisit juga membantu membentuk sikap suka membaca.
Penguasaan dalam pembacaan akan melengkapkan kewujudan individu sebagai seorang
pelajaryang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakatnya. Hal ini demikian
kerana keupayaan membaca dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam pengurusan
hidup dan penghasilan sumber manusia yang berkualiti. Individu yang dapat
mengusai pembacaan merupakan aset yang amat berharga bagi sesuatu masyarakat
dalam melahirkan idea yang lebih bernas. Kemahiran membaca bukan sahaja mampu
melahirkan pelajar yang fasih berbahasa tetapi juga mampu
II.
Teknik
berfikir bersuara
Teknik berfikir
bersuara sangat penting dan memberikan kesan mendalam kepada proses pengajaran
pembelajaran khususnya dalam dunia yang serba mencabar dan berteknologi tinggi
dan kepelbagaian budaya. Guru seharusnya memahami iklim di dalam bilik darjah.
Menurut Rajendran dalam bukunya HOTS menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai
perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan bilik darjah. Oleh yang
demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum proses berfikir dapat
dilaksanakan. Teknik berfikir secara
umumnya, memudahkan para guru menilai sejauhmana kefahaman pelajar
terhadap sesuatu topik atau pangajaran
yang diajar. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran yang diajar oleh
guru sangat penting bagi mengetahui sejauhmana tahap pemikiran mereka. Tahap
pemikiran pelajar harus dinilai untuk mengetahui keupayaan mereka berfikir.
Teknik ini juga dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.
Pemikiran seperti ini memudahkan
murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan
akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Pelajar juga akan bertindak
lebih aktif di dalam bilik darjah mereka diberi kebebasan berfikir dan
seterusnya menyuarakan pandangan mereka terhadap isu atau topik yang dibincangkan. Mereka bebas untuk menyuarakan
pandangan dan pendapat masing-masing dan dipantau oleh guru.
III.
Teknik
terap imej
Penggunaan
penerapan imej dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat memberi
kesan kepada minda pelajar. Penggunaan teknik penerapan imej turut melibatkan pengalaman
deria pelajar seperti penglihatan dan pendengaran.Teknik ini bertujuan bagi
menyampaikan segala maklumat yang disampaikan oleh gurudapat diterima dan
diserap semaksimum mungkin oleh pelajar. Teknik penerapan imej juga merupakan
salah satu daripada alat bantu mengajar yang mempunyai nilai komunikasi yang
tinggi dalam membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah.
Oleh yang demikian pelajar dapat mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial,
kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Selain
itu, teknik ini juga dapat membantu merangsang keinginan untuk belajar.Hal ini
dapat dibuktikan apabila pelajar lebih berminat dan peka terhadap rangsangan
berbentuk imej berbanding dalam bentuk penulisan. Rangsangan berbentuk imej ini
menjadi satu daya penarik dalam mempercepatkan lagi proses pemahaman. Oleh itu
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah akan menjadi
lebih kondusif. Melalui aspek ini para guru haruslah memainkan peranan yang
penting dengan mempelbagaikan paparan imej agar pembelajaran lebih
menyeronokkan, aktif dan lebih bertenaga.
Selanjutnya, teknik penerapan imej ini juga dapat
meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengingati sesuatu konsep atau idea
yang sukar untuk difahami seperti tahun, nama orang, tempat, peristiwa dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana teknik ini banyak menggunakan bentuk grafik
seperti peta minda, carta, jadual, graf dan sebagainya. Justeru, menurut Morris
dan Maisto (2002)tanpa rangsangan, sesuatu data atau maklumat itu akan hilang
disebabkan oleh masa, gangguan serta kemasukan data baru bagi menggantikan data
lama yang tidak diproses. Selain itu, menurut Lohr (2003), rangsangan dalam
bentuk visual memerlukan eye candy
dan flash iaitu apa yang dapat
ditangkap oleh mata ketika memandang sesuatu objek.Justeru, semua rangsangan
ini menjadi daya penarik kepada pelajar terhadap sesuatu pembelajaran itu.
IV.
Teknik
Dialog
Teknik
dialog dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bacaan
kerana teknik inimengutamakan bentuk
penulisan dialog dan naratif. Sebagai contoh dalam bentuk penulisan dialog akan
mudah dikuasai berdasarkan interaksi sosial. Interaksi ini merupakansatu proses
saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah
dua pihak ini bermaksud sama ada
merupakanorang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Proses interaksi
ini dapat dibahagikan kepada tiga iaituinteraksi sehala atau tradisional,
interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Namun teknik dialog ini hanya
melibatkan interaksi antara dua orang individu iaitu sama ada antara guru
dengan pelajar atau antara pelajar dengan pelajar. Hal ini keranainteraksi
dalam bilik darjah menjadi sehala kerana guru mengawal segala P&P yang berlaku
di dalam kelas.Ciri-ciri interaksi sehala ini ialah seperti corak interaksi
bilik darjah ditentukan oleh guru kelas dan murid terlibat dalam P&P secara
aktif.
Selain
itu, faktor lain teknik ini perlu dilaksanakan kerana pengetahuan pelajar
dapat diketahui secara oral berbanding
melalui pembacaan. Perkara-perkara yang diketahui secara oral iaitu berdasarkan
interaksi mereka dengan orang lain perlu ditekankan apabila guru memilih tajuk
atau perkara yang akan ditulis. Pengetahuan secara oral ini akan memudahkan
pelajar meniru atau mendapat idea secara bebas. Melalui teknik ini jugasama ada
guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar akan memilih topik-topik yang
sesuai untuk dibincangkan. Misalnya hal-hal semasa, pelajaran yang lepas dan
sebagainya dapat merangsang dialog antara pelajar. Pelajar perlu mengambil
peranan masing-masing ketika sesi dialog dilakukan. Dialog sebolehnya dilakukan
dengan lancar tanpa ada ruang kosong atau gangguan. Pelajar berdialog tanpa
perasaan takutdan malu dan perlu merasa yakin dan bebas mengeluarkan pendapat.
Seterusnya,
sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran, teknik dialog amat berguna
kerana dapat melatih pelajar dalam kemahiran interaksi sosial selain
meningkatkan penguasaan bahasa mereka dengan lebih baik. Teknik dialog juga
akan menggalakkan dan mengembangkan pemikiran yang jelas, menggalakkan kerja
sama, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan diri yang positif. Idea-idea
atau isi-isi penting yang diperolehi dalam sesi dialog dapat dijadikan bahan
yang berguna dalam tulisan pelajar. Di samping itu juga, dialog dapat
memahirkan kecekapan seseorang dalam membina soalan yang bernas dan berkesan
untuk merangsang tindak balas yang tepat dan sesuai. Aktiviti dialog juga
melatih pelajar supaya menjadi pendengar yang berdisiplin. Melalui interaksi
berdialog, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan bagi mempertingkatkan daya
intelektual dan melahirkan pelajar berfikiran terbuka dan berusaha untuk
menghormati pendapat orang lain.
1 comments:
tq sis. mohon kongsi
Post a Comment