Puteri Qistina Qalaisyah Binti Anuar. Ha!! Itulah namaku. Sesuai
dengan orangnya yang manis. Opss!!Perasan la pulak. Aku adalah gadis kampung
yang berusia 19 tahun. Aku sering diintai oleh ramai teruna. Siang menjadi impian.
Malam menjadi igauan. Terintai-intai dalam resah nafas yang tidak menentu.
Menebuk-nebuk ruang hati yang paling dalam. Namun, si teruna tidak berani
mencurahkan rasa di hati. Hanya sekadar memendam
rasa. Bagai merenung bintang yang berkelipan di awan yang tinggi. Dipandang
dapat. Namun di sentuh tidak. Jauh di sudut hati, aku tidak terus dibuai dengan
keenakkan dunia. Aku bersyukur dengan kelebihan yang diberikan.
Tatkala dilontarkan persoalan tentang cinta. Terus ku buang
jauh-jauh. Sudah naik muak mendengarnya. Sejujurnya, aku tidak mahu
dipersoalkan tentang cinta pada saat ini. Aku ingin terus mengejar cita-citaku
yang tinggi setinggi Gunung Everest. Kehidupan aku teramatlah bertuah kerana mendapat kasih sayang
dan didikan yang sempurna dari mama dan abahku. Memandangkan aku merupakan anak
yang sulung dalam keluargaku. Aku menjadi contoh dan harapan bagi lima adik
beradikku yang lain. Mama dan abahku merupakan akar bagi hidupku. Bukan sekadar
tangga untuk naik dan turun. Malah bertindak sebagai penggerak utama dalam
hidupku.
Malam yang tidak
menerbitkan seri bintangnya. Bulan turut tidak mencetuskan purnamanya pada
malam ini membuatkan aku terkenang akan sebuah keperitan hidup. Membuka
lembaran ini, bukanlah bermakna untuk menagih simpati. Namun, ianya hanya luahan
hati kecil yang menari-nari keresahan. Enam bulan sudah berlalu. Namun,
peristiwa itu terasa seperti baru semalam berlalu.
“Along!! Along!!. Ada surat ni”, kata mamaku sambil membelek-belek
sampul surat yang diterima.
Aku bingkas bangun dan terus meluru ke arah mamaku. Ku baca
bait-bait kata di hadapan sampulku. Perlahan-lahan sampul ku buka. Aku terus
melompat kegirangan. Syukur Alhamdulillah aku telah mendapat tawaran belajar di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak.
Hari demi
hari telah berlalu. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang hilang. Di dalam
benak hatiku. Mengusik lara hati. Saat aku perlu berjauhan dengan keluargaku.
Lantas airmataku berguguran bagai manik-manik mutiara putih yang terputus dari
talinya. Pilu hatiku. Namun, cita-citaku harus dicapai.
Aku mula
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan, pensyarah dan persekitaran. Syukur Alhamdulillah,
semester satu dapatku harungi dengan baik. Dunia kampus amat menyeronokkan.
Jauh berbeza dengan alam persekolahan. Setelah sebulan cuti semester
berlangsung. Aku kembali semula ke UPSI. Dengan diiringi harapan dan semangat
baru untuk menruskan baki-baki semester.
Semester2!! Ya. semester 2!! Bermulalah episod duka itu dalam
hidupku. Tidak akan ku lupakan.
“Adik, aras 3 tau, rumah nombor 2,”kata petugas asrama kepadaku.
Aku hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Tanpa Berlengah lagi
aku terus mengangkat barang-barangku ke bilik. Seharian aku mengemas dan
menyusun rapi baju-bajuku ke dalam almari.
Tiba-tiba telefonku berdering.
“Along,
datuk dah tiada,” sayup-sayup kedengaran suara adikku di corong telingaku.
Berjujuran
airmataku jatuh tanpa henti. Ya Allah cepatnya dia meninggalkan aku. Aku terus
berkemas untuk pulang ke kampung. Mudah-mudahan aku sempat tiba sebelum pengebumian
berlangsung.
Telefonku
tiba-tiba berdering sekali lagi. Nama Ain tertera di skrin telefonku.
“Qis, boleh tak tumpangkan Maria dekat bilik kau malam ni. Dia tak
sempat nak ambil kunci dekat pejabat. Pejabat dah tutup. Lagipun dia satu rumah
dengan kau.” ujar Ain panjang lebar.
“Boleh
saja. Datang la. Aku nak balik kampung. Datuk aku meninggal dunia. Nanti aku
tinggalkan kunci pada dia.” balasku lesu.
“Datuk!! Nak buah mangga itu. Tolong ambilkan.”ujarku beria-ria.
Kecur air liurku melihat buah mangga itu. Mengidam mengalahkan orang yang
berbadan dua.
“Tinggi
la sayang. Nanti datuk carikan galah dulu ya.”balas datukku.
“Nah
sayang. Belajar rajin-rajin tau. Nanti boleh beli tanah tanam pokok mangga banyak-banyak,”
seloroh datukku. Itulah perbualan terakhir datukku sebelum aku pulang ke
pangkuan ibu kandung suluh budiman.
“Maaf,
aku ketuk pintu tapi kau tak menyahut. Jadi aku terus masuk,” ujar Maria.
Aku mengalihkan pandangan pada jam di sudut meja belajarku. Sudah
hampir 7.00 malam rupa-rupanya. Aku mendengus halus. Menyesal kerana mengingati
kenangan lalu sampai lupa waktu.
“Maaf, aku tak perasan. Aku nak kemas barang-barang. Aku nak balik
kampung. Ni kunci bilik.”
Pada
hari itulah perkenalanku dengan Maria terjalin. Setelah berkenalan, aku
bersiap-siap dan bergegas ke Stesen Kereta Api.
Sepanjang perjalanan, bibirku hanya mampu
sedekahkan Al-Fatihah kepada datukku. Diiringi doa dan harapan agar rohnya
dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Setelah
selesai upacara pengebumian, aku terus pulang semula ke UPSI kerana ada kuliah
pada keesokkan harinya.
Tepat jam 4.00 pagi, aku selamat
tiba di Stesen Kereta Api Tanjung Malim. Aku mengambil teksi untuk pergi ke
kolej kediaman. Sesampainya aku di rumah, aku terus mengemas pakaian dan
seterika baju untukke kelas. Menjadi runtin harianku, ke kampus seawall jam7.00
pagi dan pulang pada jam5.00 petang. Jika tiada kelas, aku akan melabuhkan diri
di perpustakaan untuk mentelaah mata pelajaran. Begitulah hari-hari yang
dilalui olehku di sini.
“Qis,
lapar!! jom temankan aku beli makanan,” ujar Maria.
Aku
hanya mampu mengangguk. Aku bingkas bangun dari kamar. Terasa kakiku
seakan-akan membeku untuk berdiri. Ah!! Malasnya. Aku mencapai tuala yang
tergantung di dinding dan terus ke bilik mandi. Sejak hari itu, persahabatan
aku dan Ida semakin rapat. Walaupun kami hanya satu rumah dan bukannya satu
bilik, tetapi Ida selalu menemaniku kemana sahaja aku pergi. Segala permintaan
dan ajakannya akan aku turuti. Hari demi hari, hubungan kami semakin rapat dan
sejujurnya aku sayangkan hubungan yang terjalin ini. Jauh dari sudut hati, aku
bersyukur hubungan kami berjalan dengan baik.
Jam berdenting sebanyak lapan kali.
Sudah menandakan jam 7.00 pagi. Ya Allah!! Aku terlewat. Aku bergegas mandi.
“Baju
tak seterika lagi. Matilah aku.”gerutu hati kecilku.
Semua
ini gara-gara aku dan Maria melayan cerita “Gerimis Mengundang” semalam. Aku
meluru ke arah ampaian baju untuk mencapai baju merah yang sering ku pakai pada
hari Isnin. Namun hanya baju yang ku jumpai. Kain telah hilang. Bukan satu yang
hilang, tetapi dua. Mustahil!! Ah!! Mood untuk ke kelas terpadam begitu sahaja.
Tertunduk aku memikirkan
“Mustahil
boleh jatuh dari ampaian,” gerutu hati kecilku.
Puas
aku mencari kain baju kurungku yang hilang. Kemusykilan telah menyelubungi diri
aku pada saat ini. Musykil dengan apa yang berlaku. Aku terus mencapai telefon
mendail nombor mamaku. Ingin mengadu domba segala masalah yang berlaku. Setelah
menceritakan apa yang berlaku. Barulah hatiku tersa sedikit lega.
Sekurang-kurangnya masalah aku telah didendangkan kepada mama. Aku terlelap seketika.
Letih benar menyelongkar almari mencari kain baju kurungku yang hilang.
“Along,
berhati-hati dalam berkawan. Bukan kita bersanga buruk terhadap orang. Tapi,
tadi mama jumpa Ustaz Chik,” ujar mamaku panjang lebar.
Ustaz
Chik ialah seorang pakar dalam bidang perubatan Islam di kampungku.
“Oh
jadi? Ustaz cakap apa?” soalku laju.
“Ustaz
cakap budak serumah along yang ambil. Saja nak main-main.” Ujar mamaku lagi
Dahiku
langsung berkerut. Wajah gusarku tidak mampu disorok-sorokkan lagi. Aku terus
tunduk menekur lantai. Satu per satu wajah teman rumahku berlegar-legar di
ruang mindaku. Perbualanku dengan mama sebentar tadi menimbulkan 1001 tanda
Tanya. Ya Allah!! Dugaan apakah ini. Pelik bagiku.
Dua
tiga hari telah berlalu begitu saja. Namun tiada tanda-tanda kainku
dipulangkan. Aku nekad untuk mendapatkan semula kainku. Almaklumlah itulah kain
yang menjadi kegemaranku untuk ke kuliah. Kalau ikutkan kehendak mahu saja aku
menyelongkarkan satu per satu almari teman-taman rumahku. Tapi aku tidak mahu
menimbulkan keraguan dalam persahabatan ini.
“Maria,
kain buju kurung aku hilang. Kain sahaja. Bajunya ada,” beria-ia aku
memaklumkan kepada Maria.
“Ah!!
Mungkin ada orang tersalah ambil nanti mesti ada tu,” ujar Maria menenangkan
kegusaran yang melanda diriku.
Hujung
minggu telah ku habiskan dengan latihan bola jaring bersama-sama dengan ahli
kelab. Latihan bermula tepat jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Letih dan penat
menyelubungi diriku. Namun latihan pada mala mini amat menyeronokkan. Tepat jam
1.00 pagi aku tiba di rumah. Aku terus meluru ke bilik mandi untuk membersihkan
diri yang dibasahi peluh tadi. Selesai mandi, aku membelek-belek almariku
mencari baju tidurku. Tiba-tiba aku ternampak kain baju kurungku yang hilang
terselit di celah-celah baju tidurku. Aik!! Macam mana boleh ada di sini.
Pelik. Sebelum inipuas ke cari di merata-rata tempat tapi tidak ditemui. Namun
jauh di sudut hati. Aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana kain baju
kurungku sudah dijumpai.
“Maria,
jom temankan aku belikan makanan,”
“Malaslah,
aku dah belikan makanan tadi. Kau pergilah.” Balas Maria.
Hairan
tidak pernah Maria menolak ajakkan aku. Sedangkan dulu tiba sahaja masa makan
pasti akan menungguku makan bersama-sama.
Sikap Maria yang kurang mesra denganku kini
membuatkan hati ini benar-benar terluka. Persahabatan yang dibina tiba-tiba
renggang begitu saja. Aku dapat merasakan yang hubungan aku dengan Maria tidak
sebaik dulu. Sikap acuh tidak acuh Maria terhadapku membuatkan aku terkilan.
Kini tiada lagi keceriaan, kemesraan, keakraban, dan kasih sayang seperti
dahulu. Setelah aku berfikir dan bermunasahabah diri. Tiada tanda-tanda yang
menunjukkan persahabatan ini dapat menjadi seperti dahulu. Entah di mana
silapnya aku terhadap Maria. Aku pun tidak tahu. Aku sedari bahawa aku tidak
perlu berkawan dengan orang yang tidak mahu berkawan dengan ku. Aku pasrah jika
dia bukan ditakdirkan menjadi sahabat sejatiku.
Sudah
tiga bulan semester dua berlangsung. Kehidupan aku tiba-tiba berubah. Aku
terasa seperti tidak boleh tinggal di bilikku lagi. Aku kerap diganggu dalam
bilikku. Badanku penuh dengan gigitan asmara si syaitan. Aku pun tidak
mengetahui kenapa? mengapa? Aku mempunyai kesukaran sepanjang meniti malam
hari. Assigment yang bertimbun-timbun
hanya dipandang sepi. Bukan tidak cuba ku siapkan. Tapi terasa seperti
dicucuk-cucuk kepala ini.
Aku
kembali ke katil kerana masih kelelahan dengan segala aktiviti yang dilakukan seharian.
Namun rasa mengantuk pula hilang. Puas dipujuk matanya agar terlelap tapi
usahaku sia-sia sahaja. Aku kemudiannya membaca buku agar lekas lelap.
Tiba-tiba
aku terasa katilku digoyangkan diiringi ketukan dari bawah katilku, ingin
sahaja aku mengejutkan teman bilikku. Tapi melihat dia tidur dengan nyenyak
tidak sampai hati pula. Rasa takut mula ku rasa. Aku mula menampar-nampar
pipiku. Namun ternyata, aku tidak bermimpi, mahu tak mahu aku terpaksa
mendengar bunyi itu sendiri. Hanya selepas azan subuh didendangkan, goyangan
katilku berhenti. Selepas bangun dari tidur, aku pantas bercerita mengenai
pengalamanku pada malam tadi kepada Maria. Namun, dia tidak teruja dengan
ceritaku dan hanya berkata aku tentu hanya mengalami mimpi.
Selepas
hampir 2 minggu dihantui perkara itu, aku nekad untuk memaklumkan kepada
keluargaku. Keesokkan paginya, aku menelefon keluargaku. Aku mahukan pandangan
daripada orang tua ku yang tentunya lebih arif mengenai perihal ini.
“Adik,
mana mama?, tolong panggilkan mama cepat!” aku tidak mahu kredit telefonku
habis dimamah aksi lembap adikku. Terhegeh-hegeh.
Aku
pun menceritakan segala kejadian yang berlaku. Pada mulanya aku hanya pendamkan
saja kerana aku menganggap ia hanyalah perkara biasa tetapi ia kerap menyerang
sarang lubuk hatiku. Mama menyuruh aku pulang ke kampung untuk berubat dengan
ustaz Chik.
Esok
aku akan pulang ke kampung. Malam ini aku harus mendengar perkara yang sama
lagi. Sejujurnya aku sudah takut untuk menghampiri malam yang hadir bersama
bintang-bintangnya. Pada malam itu, aku diganggu dengan lebih dasyat lagi.
Rambutku terasa dibelai-belai manja. Aku terasa seperti aku sedang
diperhatikan. Kakiku terasa kebas dan tidak dapat bergerak. Surah yassin ditepi
bantal ku pegang. Mulutku terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran. Ternyata ia
hilang seketika. Beberapa jam kemudian, katil ku digoyang pula dengan laju. Ya
Allah, aku tidak tahu apa yang telah berlaku. Aku seolah sedang bermimpi. Aku
terus membaca ayat suci Al-Quran dan memasang ayat Al-Quran pada komputer
ribaku. Perlahan-lahan gangguan itu hilang. Aku hanya mampu menunggu munculnya
matahari. Perkara yang aku lalui semalam tidak kuceritakan kepada teman-temanku.
Hanya kepada keluarga ku ceritakan kerana bimbang kalau teman-temanku risau.
Selesai
kuliah malam, aku bersiap mengemas pakaianku untuk pulang ke kampung. Namun aku
merasa sesuatu perasaan yang terlalu menusuk hati. Ya!! Aku terasa amat sayu
dan sedih untuk meninggalkan bilikku. Aku pun tidak tahu mengapa. Rasa sayu itu
telah menyebabkan deraian air mataku mengalir menyembah bumi. Aku bergegas menaiki
teksi untuk ke Stesen Kereta Api Tanjung Malim. Aku tiba di Stesen Kereta Api Tanjung
Malim setengah jam awal dari masa jangkaaan. Aku melabuhkan diri di tangga
laluan utama.
Aku
hanya mampu menangis teresak-esak. Entah kenapa. Perasaan sedih dan sayu muncul
tanpa sebab. Lantasku menelefon nombor bimbit mamaku. Kedengaran suara mama
agak risau.
Tiba-tiba
pandangan mataku menjadi kabur. Mama menyuruh aku memberi telefon kepada
sesiapa sahaja yang ada di situ agar perhubungan kami tidak terputus. Aku hanya
mampu menangis dan pandangan mata menjadi samar-samar. Aku melihat kelibat
seorang lelaki tua dihadapanku. Lelaki tua itu hanya memakai seragam polis
bantuan. Lantas ku berikan telefon bimbitku kepadanya. Ibuku meminta pertolongan
kepadanya untuk menjagaku sepanjang perjalanan ke kampung. Alhamdulillah, aku
dijaga dengan baik oleh pihak Kereta Api
Tanah Melayu (KTM). Bersyukurnya aku kepada Ilahi kerana dalam aku menghadapi
kesukaran, ada lagi orang yang sanggup menolongku.
Aku
selamat tiba di kampung. Kehadiranku disambut oleh abah dan mamaku Stesen
Kereta Api Arau. Mama dan abah memelukku erat. Aku hanya mampu menitiskan
airmata dan tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku kini.
Mama
menyuruh aku bersiap-siap untuk ke rumah Ustaz Chik. Ustaz Chik berusaha
mengubatiku malah Ustaz Chik membacakan ayat suci Al-Quran kepadaku dan memberi
segelas air bacaan ayat suci Al-Quran untuk ku minum. Setelah diminum,
tiba-tiba aku merasa loya dan muntah. Ya Allah!!! Aku terkejut kerana aku
muntahkan paku dan kaca. Biar betul!! Seolah aku sedang menonton dram-drama
seram di televisyen dan kemudiannya badanku terasa lemah.
Apabila aku sudah pulih, Ustaz Chik
menceritakan segala-galanya kepadaku. Ya Allah!!berat benar dugaan yang
diberikan olehmu. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menerima dugaan
seberat ini.
Maria!!
Maria!!
Rupa-rupanya
dia yang berniat untuk bomohkan aku. Sungguh tidak ku sangka. Persahabatan yang
selama ini terjalin hanya sekadar mainan bagi Maria. Maria telah meletakkan benda
khurafat di bawah katil ku. Tidak ku sangka ini terjadi padaku. Aku bersua muka
dengan Maria. Mengapa dia lakukan semua ini padaku. Namun, aku tidak mampu
untuk bertanya kepada Maria. Sungguh aku tidak percaya yang Maria adalah
perilakunya.
Aku
bertafakur sejenak. Tidak mahu menyalahkan orang lain dalam hal ini. Aku
bermunasabah diri. Menerima dugaan ini dengan kerelaan hati. Aku Pasti, Allah
tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan mereka.
Di
saat ini aku duduk seorang diri. Memohon keampunan dari Ilahi. Aku mengharapkan
sebuah pengampunan atas dosa-dosaku yang merimbun. Aku telah merasai derita
jiwa dan perasaan. Barulah ku sedari semua yang terindah itu hanya sementara.
0 comments:
Post a Comment